Bekas wartawan Utusan tubuh portal bebasnews.my

26
194
KUALA LUMPUR — Sekumpulan bekas wartawan akhbar Utusan Melayu yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS) baru-baru ini telah bergabung menubuhkan sebuah portal berita bebasnews.my.

Bekas Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan dan juga salah seorang pengasas portal itu, Datuk Zaini Hassan berkata ilham penubuhan portal itu muncul setelah beliau menerima beberapa cadangan bagi mengoptimumkan bakat sedia ada bekas wartawan Utusan yang mungkin tidak lagi digunakan selepas VSS.

Menurutnya, kebanyakan wartawan Utusan terbabit sudah lama berkhidmat dengan akhbar itu dan sememangnya mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kewartawanan.

Zaini berkata buat masa ini, portal yang dilancarkan pada Sabtu lalu itu mempunyai seramai 22 orang penyumbang yang memberi fokus dalam penulisan analisis.

“Sebagai permulaan, portal ini akan bergerak secara virtual atau alam maya dan penyumbang akan menulis ulasan berdasarkan berita yang sudah dilaporkan di media utama,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

“Melalui cara ini kita tidak perlu keluar dan membuat laporan yang sama seperti media lain. Mereka (penyumbang) bebas melakukan kerja di mana-mana sahaja, secara virtual atau alam maya,” katanya.

Selain penulisan analisis, bebasnews.my juga menyiarkan berita nasional yang lain seperti berita politik, ekonomi dan luar negara dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Sementara itu, Zaini berkata portal itu bergerak secara bebas tanpa sebarang pembiayaan oleh mana-mana pihak tertentu dan tidak terikat pada mana-mana parti politik.

Malah menurutnya, setiap penulisan yang dihantar kepada portal itu dibuat secara sukarela tanpa sebarang pembayaran kepada penyumbang.

“Kita lakukan ini secara sukarela, semua (wartawan) yang keluar melalui VSS memang ada menerima bayaran bulanan, cuma kita buka peluang untuk mereka menyumbangkan penulisan mereka, kos kita memang rendah dan paling minimum.

“Alhamdulilah, walaupun baru beroperasi Sabtu lepas, kita mendapat sambutan yang menggalakkan,” katanya.

http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1676333

Please follow and like us:
error

26 COMMENTS

  1. Seikhlas Tahniah, semoga selamat menyuarakan pendapat secara bebas dan bertanggungjawab untuk membijaksanakan pemikiran bangsa ke arah kebenaran .

  2. Tahniah Datuk Zaini & Team bebasnews.my

    Semoga portal ini berterusan dan mendapat Berita Terkini Tepat dan Padat.

    CONGRATULATIONS sekali lagi

  3. Please provide independent view from and provide comment each news so it would be competitive against other onlines news and all the best you.

  4. Syabas dan tahniah.Kita memang memerlukan satu portal berita yang telus, jujur, impartial, tidak rasis mahupun prejudis. Saya akan galakkan ramai rakan dan kenalan saya agar membaca portal ini

  5. Tahniah Datuk Zaini and the team. Do let me know if you require any assistance from a technology standpoint.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here