TM Mengambil Kesempatan Pelanggan Unifi Sedia Ada?

TM Mengambil Kesempatan Pelanggan Unifi Sedia Ada?

Hari ini TM(di sini) mengeluarkan satu lagi kenyataan menjelaskan tentang pencapaian dalam merumuskan dimensi lebih bermanfaat dan bernilai untuk pelanggan jalur lebar Streamyx.

Dengan ini TM menyasar untuk menaik taraf semua akaun Streamyx kepada Unifi menjelang Mac tahun depan.

Eloklah tu, tapi bagi penulis ini, terdahulu pihak TM perlu memikirkan cara bagi mempercepatkan naik taraf untuk pelanggan Unifi yang sedia ada.

Walaupun ada segelintir yang sudah pun mendapat naik taraf (turbo upgrade), 50Mbps, 100Mbps, 300Mbps dan 500Mbps, namun sebahagian besar pelanggan masih tertunggu-tunggu bila masa mereka akan menikmati kelajuan baharu yang selalu sangat diuar-uarkan oleh TM dan menteri berkenaan.

Yang menaikkan kemarahan pengguna Unifi sedia ada bukan kelewatan menaik taraf kelajuan pakej mereka, tetapi tentang bil bulanan yang masih mengenakan caj mahal, contohnya, hampir RM250 untuk hanya 50Mbps. Bandingkan ini dengan pakej baharu berharga RM129 untuk 100Mbps.

Dalam keadaan ini pelanggan berasa seolah-olah TM sengaja mengambil kesempatan meraut semaksimum mungkin caj lama selagi belum dinaiktarafkan akaun-akaun pelanggan sedia ada.

Ini terus berlaku walaupun menteri telah mengarahkan supaya semua telco menyemak semula dan menurunkan harga-harga pakej langganan jalur lebar.

-BEBASNEWS
Please follow and like us:
error

4 Responses to "TM Mengambil Kesempatan Pelanggan Unifi Sedia Ada?"

  1. Khalid Noh  17/12/2018 at 11:00 am

    Sepatutnya TM memberi diskaun yuran bulanan kepada pengguna yang belum lagi mendapat kelajuan internet yang sepatutnya. Ada pengguna lama tidak mendapat kelajuan turbo sedangkan pengguna baru terus mendapat kelajuan turbo dengan harga yang lebih rendah.

    Reply
  2. kyle  17/12/2018 at 11:02 am

    Saya amat bersetuju dengan artikel ini.
    Memang terasa sangat sebagai pengguna Unifi setia.

    Geram sangat kerana terpaksa membayar kos tinggi sambil tertunggu-tunggu peningkatan turbo. (yang terkini dikhabarkan akan dilanjutkan ke Januari 2019 – bukan lagi Disember 2018 sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini)

    Dalam pada itu, pelanggan baru disajikan dengan pakej lebih murah tetapi berkelajuan lebih tinggi.

    Amat tidak masuk akal.
    Pelanggan sekian lama yang setia dianak-tirikan.

    Mohon isu/artikel ini mendapat tindakan susulan yang amat diharapkan.

    Reply
  3. Ken  18/12/2018 at 1:52 am

    Terlalu mahal dan tidak berbaloi. Kerajaan dan TM harus membuat sesuatu supaya pengguna mendapat khidmat yang lebih baik dan murah.

    Reply
  4. Yusof  18/12/2018 at 11:48 am

    Pengguna rumah tak gunakan speed penuh sebenarnya. Kalau ada yang kuat streaming baru la optimize speed turbo. Rakyat sebenarnya ternanti harga yang berpatutan. Sebelum ni 4mbps RM129, dapat upgrade speed turbo tapi harga masih sama, masih terbeban juga.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.