Impian jadi kenyataan – Siti Nurhaliza

0
78
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

 

TELAH menjayakan lebih dari 50 buah konsert sejak membabitkan diri dalam bidang seni kira-kira 20 tahun lalu.

Namun, Konsert Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour yang akan bermula Februari tahun depan merupakan konsert yang ditunggu-tunggu oleh penyanyi Siti Nurhaliza.

Selepas setahun lebih tidak menjayakan konsert, Siti yang melahirkan anak sulung, Siti Aafiyah Khalid pada 19 Mac lalu berkata, untuk konsert yang akan berlangsung di tiga negara, beliau perlu melakukan persiapan rapi.

“Konsert ini adalah penting bagi saya untuk membina legasi karier. Melalui konsert ini juga saya mahu merapatkan jurang antara budaya dan bahasa dalam kalangan peminat-peminat saya.

“Melalui konsert jelajah ini juga saya mahu membawa nama, muzik dan budaya Malaysia ke Indonesia serta Singapura. Mungkin lepas ini banyak tempat lagi yang akan saya jelajahi,” jelasnya pada sidang media mengenai konsert tersebut di Kuala Lumpur pada 18 Disember 2018.

Kata Siti,  biarpun sudah berkali-kali mengadakan konsert perasaan gementar masih lagi menguasai dirinya.

Beliau paling risau jika masalah kesihatan melanda diri tatkala tarikh persembahan sudah tiba.

Bagi memastikan dirinya berada dalam keadaan bersiap sedia untuk persembahan konsert, Siti amat meniti beratkan soal makanan.

“Bila saya ada konsert, perkara pertama yang saya elak adalah makanan berminyak dan minuman berais. Saya juga akan melipat ganda latihan stamina bagi memastikan apabila menyanyi kelak, nafas tidak semput.

“Pernafasan perlu dijaga kerana lagu-lagu saya banyak bernada tinggi. Lagi pun ini konsert selepas saya bersalin dan menjadi ibu tentu stamina saya tidak sama seperti dulu. Sekarang ni hari-hari saya buat latihan kerana perlu turunkan berat badan kepada 60 kilogram,” jelas Siti.

Tambahnya, untuk konsert di Indonesia mungkin susun atur lagu berbeza seperti di Malaysia dan Singapura.

Memandangkan Siti amat disenangi peminat di sana, beliau akan cuba memperbanyak lagu ciptaan komposer Indonesia sewaktu persembahannya nanti.

Menyentuh mengenai penampilan Tulus pada konsertnya, kata Siti, beliau gembira kerana dapat bekerjasama dengan penyanyi jaz itu.

“Kami akan cuba berduet dan masih mencari lagu yang sesuai,” katanya.

Sementara itu, Siti turut memberitahu bahawa belau akan membawa Aafiyah ke semua lokasi konsert berlangsung kerana anaknya masih kecil untuk ditinggalkan.

 

– BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here