[VIDEO] Cepatkan urus jenazah atau ambil organnya dahulu?

“Mengikut sunah Rasulullah SAW, apabila seseorang meninggal dunia, jenazahnya perlu segera diuruskan. Jika pengikrar derma organ meninggal dunia, proses pengambilan organ pasti akan melambatkan proses pengkebumian. Lalu bagaimana dengan perlaksanaan sunah nabi yang terbantut itu?”

Soalan tersebut berasal daripada sebuah hadis:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَسْرِعُوا بِالْجِنَازَةِ فَإِنْ تَكُ صَالِحَةً فَخَيْرٌ تُقَدِّمُونَهَا وَإِنْ يَكُ سِوَى ذَلِكَ فَشَرٌّ تَضَعُونَهُ عَنْ رِقَابِكُمْ

Ertinya: Segerakan pengurusan (pengkebumian) jenazah. Jika ia jenazah yang baik, maka elok kamu percepatkan untuknya (sampai ke kubur serta mendapat ni’mat barzakh). Kalau ia bukan jenazah yang baik, maka ia adalah satu keburukan yang sepatutnya kamu (segera) lepaskan daripada leher kamu,” (Sahih al-Bukhari dan Muslim).

— BebasNews

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.