[VIDEO] Panduan elak jadi sombong

Oleh AHMAD TARMIZI ABDUL RAHIM

 

SOMBONG adalah malapetaka yang sering menyerang kita semua. Datangnya secara halus hingga langsung tidak disedari.
Sombong disebabkan kebendaan, kepintaran dan kebaikan. Sifirnya amat mudah iaitu merasakan diri lebih baik daripada orang.

Apa yang menarik semakin tinggi tahap kesombongan, maka semakin sukar untuk dikesan.

Allah mengingatkan hamba-Nya tentang natijah kesombongan dalam al-Quran.

“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong, takbur lagi membanggakan diri,” Luqman: 18.

 

-BebasNews
Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.