[VIDEO] Jangan lurus bendul!

[VIDEO] Jangan lurus bendul!
Oleh ZULKARNAIN ZAKARIA

 

Peraturannya mudah, anda jangan lurus bendul. Hello, politik dan satira ini ibarat flat rumah kos rendah yang berlapis-lapis, ya. Orang di tingkat atas tidak akan nampak orang di tingkat bawah. Tapi orang yang di luar akan nampak setiap tingkat.

Begitulah politik dan satira. Anda tidak boleh memahami apa yang dilihat itu pada yang tersurat, tetapi yang tersirat. Malangnya, yang tersirat itu bukan selapis saja. Ia berlapis-lapis lagi, dan lapisan akhirnya tidak dapat kita lihat.

Tafsirannya bergantung kepada orang yang melihat.  Anda boleh melihatnya sebagai serius, tetapi anda boleh juga melihatnya sebagai jenaka.

Ada orang yang melihat serius itu sebagai jenaka, ada juga yang melihat jenaka itu sebagai serius. Hanya si lurus bendul sahaja yang melihat serius itu serius dan jenaka itu jenaka. Dasar tiang telefon!

Para penonton sekalian… sekarang ini panggung politik negara sedang mempersembahkan tele novela yang sungguh dramatik. Daripada kisah percintaan kenyit-kenyit mata dan gesel-gesel paha antara UMNO dan Pas, hinggalah kepada jegil-jegil biji mata parti dalam Pakatan Harapan serta romantisme Tun Mahathir – Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ada cinta, ada rindu, ada prasangka dan ada pengharapan. Adakah bercinta hingga ke jannah atau semuanya jahanam? Okay… sekarang mari kita tonton video ini. Ingat, kemuncaknya ialah 3:21. Selesai menonton, anda akan diberikan satu soalan.

Apa soalannya? Kita tonton video ini dulu…

Soalannya, apa tafsiran anda kepada video ini? Jawab dengan jujur, adakah anda masih lurus bendul lagi?

-BebasNews

 

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.