Ahmad Idham buka restoran makanan Korea

Ahmad Idham buka restoran makanan Korea

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

DEK minat dan kesukaannya terhadap makanan Korea, pengarah dan pelakon Ahmad Idham Ahmad Nazri, 44, terus membuka restoran yang menyediakan menu makanan tersebut.

Restoran Gang Jung Ene yang baru dibuka pada 20 Disember lalu beropersi di pusat beli-belah Encorp Strand Mall, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Menurut Idham, Januari nanti akan diadakan pelancaran secara rasmi restoran yang dikongsinya bersama rakan niaga, Kwon dari Korea Selatan itu.

“Saya suka makan makanan Korea dan idea nak buka restoran ini tercetus sewaktu saya pergi ke sana Januari lalu untuk terima anugerah dalam satu festival.

“Di sana saya kenal beberapa kawan yang berminat nak buka perniagaan mereka di Malaysia. Dari situ semuanya bermula,” katanya.

Tambah Idham, beliau memilih Kwon sebagai rakan niaga kerana lelaki itu merupakan pengasas dan pemilik jenama Brand Ayam Korea.

Bukan itu sahaja, Kwon juga adalah seorang cef yang turut memasak di restoran Gang Jung Ene selain melatih dua cef temparan tentang resipi masakan Korea.

Untuk permulaan kata Idham, restoran yang menyediakan lapan menu itu dikendalikan oleh empat cef dan dua pelayan.

Sewaktu ditanya tentang lokasi restoran, jelasnya, pusat beli-belah tersebut dipilih kerana berhampiran dengan pejabatnya, Akademi Kemahiran Perfileman.

“Saya memilih Encorp Strand Mall di Kota Damansara sebab ia sebuah mall yang baharu dan berdekatan dengan pejabat saya.

“Fokus saya bukan hanya pada pengunjung mall tapi juga kepada servis delivery (penghantaran) di mana saya buat kajian yang komuniti Korea juga ramai di kawasan Mont Kiara dan Damansara,” ujarnya yang melabur kira-kira RM200,000 untuk restoran tersebut.

Tegas Idham, walaupun rakan niaganya merupakan pemilik jenama Brand Ayam Korea tapi perniagaan yang dilakukan di sini bukanlah francise (rangkaian).

“Saya bukan ambil francise dari sana tapi saya menjadi rakan kongsi terus dengan pemilik francise barang Gang Jung Ene Korea itu,” katanya.

– BEBASnews

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.