[VIDEO] Puting beliung landa Cirebon, Jawa Barat

[VIDEO] Puting beliung landa Cirebon, Jawa Barat

JAKARTA: Sekurang-kurangnya seorang maut apabila puting beliung melanggar perkampungan Pangurangan Kulon, Cirebon, Jawa Barat semalam, menyebabkan kemusnahan meluas.

Setakat ini ribut yang kuat itu telah memusnahkan sejumlah 165 rumah dan dua buah surau.

Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho berkata puting beliung yang berlaku sekitar pukul 3.30 petang itu turut menyebabkan bekalan elektrik terputus di banyak kawasan.

Beliau berkata BNPB sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, pemimpin kampung dan kumpulan sukarelawan kemanusiaan untuk mengutip data berhubung impak tornado itu.

Sebelum puting beliung berlaku cuaca dikatakan mendung.

-The Jakarta Post/Asia News Network

 

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.