Portal berita bebasnews.my cipta kejutan dalam masa singkat

Wow! Memangnya satu kejutan. 

Portal berita bebasnews.my cipta kejutan dalam masa singkat
Oleh MOWARDI MAHMUD

 

MUNGKIN itu yang boleh dikatakan apabila berita yang disiarkan oleh portal bebasnews.my mendapat sambutan sungguh luar biasa dalam kalangan komuniti media digital di negara ini.

Pada usia hayat portal yang sangat  muda iaitu kurang sebulan, kedudukannya melonjak begitu pantas, dalam hanya tiga minggu, walaupun masih lagi dalam versi beta.

Bermula pada kedudukan 48,000 dalam kalangan portal yang ada di Malaysia tiga minggu lepas, bebasnews.my kini semakin kukuh kepada 4,206 (1 Januari 2019) dengan terdapat post yang mencecah lebih 10,000 hits.

Paling memberangsangkan beritanya bertajuk Zukri ke TH – Hanya Jauhari Mengenal Manikam dilaporkan oleh salah sebuah akhbar tempatan Sinar Harian berjaya mencatat lebih 160,000 hits dan post itu merupakan antara lima bacaan paling hangat.

Ternyata sambutan terhadap portal baharu ini di luar jangkaan.

Penulisan berita yang popular itu sebenarnya berkisar tentang pelantikan peneraju baharu Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Zukri Samat  untuk memulihkan organisasi pengendali urusan jemaah haji yang  menunaikan rukun Islam kelima di Mekah.

Bak kata orang, tidak kenal maka tidak cinta.

Rakyat Malaysia terutamanya umat Islam perlu disedarkan tentang keupayaan dan pengalaman Zukri supaya mereka bersama-sama menyokong usaha pemulihan yang dilakukan.

Tabung Haji tidak boleh dibiarkan terus bermasalah dan sehingga tumbang bukan kerana tiada usaha dilakukan tetapi akibat berita-berita palsu.

Ketika ini terlalu banyak maklumat yang tidak benar dan ketidakfahaman berlegar-legar dalam media sosial sehingga menyebabkan orang ramai keliru tentang hakikat sebenarnya.

Terdapat juga berita-berita yang dipercayai sengaja diada-adakan untuk menutup salah pihak-pihak tertentu.

Sememangnya  menjadi dasar portal bebasnews.my untuk menyiarkan berita dan analisis yang benar-benar bebas dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak.

Kami merasakan rakyat Malaysia patut diberikan maklumat yang betul dan betul supaya mereka bermaklumat ketika membuat keputusan (informed decision) demi masa depan generasi akan datang.

Sebagai sebuah portal yang dibiayai sendiri tanpa ditaja, sokongan rakyat Malaysia diperlukan bagi memastikan kelangsungannya.

bebasnews.my tidak mempunyai erti apa-apa tanpa sokongan pembaca dan mereka yang mahu memperjuangkan sesuatu yang hak bagi menghapuskan kebatilan.

— BebasNews
Please follow and like us:

Post Berkaitan

One Response to "Portal berita bebasnews.my cipta kejutan dalam masa singkat"

  1. Nasi Siru  03/01/2019 at 12:45 pm

    Tolong follow up sikit berita yg heboh dlm media sosial, TH dan Bank Islam telah melantik cina DAP duduk dlm BoD kedua-dua entiti itu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.