Arrifin terima arahan berpindah ke Melaka

Arrifin terima arahan berpindah ke Melaka
Oleh TL Ang

 

PENGARAH Pengurusan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN), Arrifin Ghani menerima arahan perpindahan ke Melaka untuk dilantik sebagai Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka bulan depan.

Perpindahan secara pinjaman daripada MSN telah dipersetujui oleh Kementerian Belia dan Sukan apabila timbalan menterinya, Steven Sim Chee Keong akur dengan cadangan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Perpindahan itu sejajar dengan perancangan besar untuk melaksanakan pembangunan sukan secara menyeluruh di Melaka tambahan pula Arrifin merupakan anak jati negeri itu.

Arrifin, 50, bekas pemain hoki kebangsaan ialah kakitangan MSN sejak diterajui oleh Datuk Wira Mazlan Ahmad, Datuk Seri Zolkples Embong dan kini Datuk Ahmad Shapawi Ismail sebagai ketua pengarah.

Ketika dihubungi, Arrifin tidak menolak pelawaan Melaka itu dan amat gembira untuk kembali ke negeri asalnya terutama sekali dalam misi memuncakkan pencapaian sukan di negeri itu.

”Saya dibesarkan di kawasan Banda Kaba dan di situlah letaknya Malacca Club (sebelum dipindahkan) yang merupakan sebuah kelab yang mengutamakan sukan. ”

Difahamkan Arrifin dipinjamkan ke Melaka dalam jangka masa empat tahun dan perkara ini telah dibincangkan dengan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Melaka, Kerk Chee Yee.

Juga diberitahu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka telah pun memuktamadkan segala urusan perpindahan Arrifin.

 

-BebasNews
Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.