[VIDEO] Melayu sebenarnya tak malas – Zayn Gregory

SEORANG Mat Salleh Amerika bernama Zayn Al-Abideen Gregory dengan panjang lebar memberi penjelasan menafikan mitos atau stereotaip yang mengatakan orang Melayu itu malas. Lebih mengecewakan kepada Zayn ialah tuduhan ini dibuat dan diperkukuh oleh orang Melayu sendiri.

Pada akhir penjelasannya, Zayn menyimpulkan bahawa jika orang Melayu tidak malas, ia bermakna orang Melayu mungkin tidak lagi memerlukan sebuah parti politik atau kerajaan yang memperjuang nasib dan masa depan mereka.

Maka, pada Zayn, parti-parti politik Melayu dilihat akan terus-menerus memperkukuh stereotaip dan mitos Melayu ini malas kerana jika Melayu sedar dan tahu yang mereka sebenarnya tidak malas, maka orang Melayu tidak lagi akan menyokong parti-parti politik Melayu atau kerajaan tersebut.

Ikutilah video penjelasan Zayn Al-Abideeb Gregory, yang berasal dari Michigan, Amerika Syarikat dan kini menetap di Kuching, Sarawak ini mengenai Melayu sebenarnya tidak malas.

https://www.facebook.com/zayn.gregory

— BebasNews

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.