Produk Ubat yang didakwa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dirampas

1
122
Gambar atas: Pegawai Kesihatan bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang merampas minuman dan makanan kesihatan selepas melakukan kesalahan tuntutan perubatan tidak sah semasa operasi di sebuah premis menjual makanan kesihatan di Bandar Perda. / Foto NSTP

 

Ubat tradisi dan produk-produk berasaskan madu yang didakwa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dirampas daripada sebuah kedai di Bukit Mertajam.

Antara produk berkenaan, termasuk yang dalam kotak dilabelkan “Air Penawar Pondok.”

Satu lagi produk dilabelkan sebagai “Madu Tualang As-Sunnah.”

Rampasan dilakukan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang pada Khamis.

Pegawai Kesihatan bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid (kiri) menunjukkan salah satu minuman kesihatan yang dirampas selepas melakukan kesalahan tuntutan perubatan tidak sah semasa operasi di sebuah premis menjual makanan kesihatan di Bandar Perda. Foto NSTP.

Turut ditemui produk pemakanan berasaskan madu berharga RM8 yang dikatakan dapat menyembuhkan banyak penyakit.

Menurut pegawai kesihatan, Mohd Wazir Khalid, serbuan dilakukan susulan aduan orang ramai.

Beliau berkata sebanyak 75 produk bernilai RM2,931 dirampas dan produk-produk ‘ubat’ yang terdapat di kedai tersebut tidak mempunyai sebarang label pengesahan.

“Kami juga merampas air zam-zam yang didakwa dapat mengurangkan risiko penyakit dan mengubati kanser.

“Kesemua produk didapati dikeluarkan oleh sebuah syarikat  pengeluar dirampas di bawah Seksyen 18E Peraturan Makanan, 1985.”

Kompaun sebanyak RM3,000 dikenakan ke atas pemilik kedai tersebut.

 

-Laporan disusun daripada The Star
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

  1. Menipu orang ramai dengan menggunakan agama. Ini suatu perbuatan yang keji dan salah. Banyak lagi bahan makanan, minuman malah pakaian pun cuba dijual dengan menggunakan “label” agama. Kerajaan dan JAKIM wajib mengambil tindakan tegas demi menjaga imej agama Islam.

    Ubat-ubatan yang yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak kementerian kesihatan wajib dirampas dan pengeluar, pengedar dan penjual diambil tindakan. Negara dilambakkan dengan macam-macam ubatan, makanan dan minuman yang tidak memberi apa-apa kesan pun kepada tubuh badan kita dan banyak pula yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here