Dunia hiburan Indonesia gempar: Vanesa Angel ditangkap terbabit pelacuran

Dunia hiburan Indonesia gempar: Vanesa Angel ditangkap terbabit pelacuran

Oleh FAUZAN UDA AHMADD

Dunia hiburan Indonesia dikejutkan dengan berita tertangkapnya seorang bintang sensasinya, Vanesa Angel, 27, yang didakwa terbabit dalam pelacuran.

Kegiatan pelacuran yang dikenali di Indonesia sebagai dikenali sebagai ‘prostitusi online’ dilakukan melalui aplikasi media sosial seperti WeChat dan WhatsApp. Pihak polis mengesan kegiatan Vanesa sejak 10 bulan lalu.

Vanesa tertangkap ketika sedangkan melakukan transaksi dengan pelanggannya di sebuah hotel di Surabaya. Ketika itu pasukan polis wilayah Jawa Timur melakukan operasi pembanterasan maksiat di Surabaya. Dalam operasi di sebuah hotel itu tangkapan turut membabitkan dua artis.

Pihak polis mengesahkan artis terbabit bernama Vanesa Angel dan lagi bernama Aviellya Shaqila. Namun Aviella lebih dikenali sebagai model untuk majalah dewasa.

Vanesa menetapkan kadar bayaran paling mahal iaitu Rp80 juta (hampir RM24,000) untuk sekali perkhidmatan.

Vanesa yang lahir di Jakarta pada 26 Disember 1996 ini mula dikenali dalam dunia hiburan apabila membintangi filem ‘Cinta Intan’ pada 2008. Bagaimanapun dia lebih dikenali sebagai pelakon drama TV dan filem untuk TV (FTV).

Pernah menghasilkan sebuah single duet dengan Nicky Tirta berjudul ‘Indah Cintaku’, namun penglibatannya dalam bidang seni kurang sukses.

Nama Vanesa semakin dikenali dua tahun lalu apabila menjalin hubungan dengan Didi Mahardhika iaitu cucu Presiden Indonesia yang pertama, Sukarno. Mereka berpisah ketika bertunang dan menunggu hari untuk ke jinjang pelamin.

Selain menjadi model, Vanesa turut menjadi pengacara TV. Dia turut dijemput menjadi hos bersama program ‘Pagi Pagi Pasti Happy’ di Trans TV dua minggu lalu.

Vanesa Angel bersama teman lelakinya Marcelo Ivano.

Baru-baru ini terdapat berita Vanesa ingin berpindah agama setelah menjalin hubungan dengan lelaki yang dikenali sebagai Marcelo Ivano dan turut menemannya ke gereja.

Vanesa dibebaskan semalam (6 Januari) atas jaminan polis dan disertai peguam, bagaimanapun dirinya masih terus dalam siasatan.

Vanesa Angel bercakap kepada para wartawan selepas dibebaskan dengan jaminan polis di Jakarta, Indonesia pada 6 Januari 2019. / TRIBUNJATIM.COM

Dalam pertemuan dengan sekumpulan wartawan sebaik dibebaskan semalam Vanesa mengeluarkan kenyataan kepada media secara santai tanpa rasa bersalah. Ia berbeza dengan Aviellya Shaqila yang berurai air mata.

Sementara itu, dalam Instagramnya sebelum ini, Vanesa menyatakan bahawa dia berada di Surabaya atas urusan kerja dan dipercayai bakal muncul sebagai hos di sebuah stesen TV di Surabaya.

— BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.