AJL 33: Kurang wajar TV3, PWS menjual tiket

AJL 33: Kurang wajar TV3, PWS menjual tiket

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

Primeworks Studios (PWS) melakukan kelainan yang disifatkan kurang wajar bagi Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33), TV3 pada 3 Februari ini.

Tindakan membuka kepada orang ramai menonton AJL 33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan membeli tiket dianggap kurang wajar. Ini kerana AJL adalah pertandingan nyanyian, bukannya sebuah konsert yang dianjur oleh pihak tertentu.

Tindakan mengenakan bayaran untuk menonton itu boleh memberi implikasi negatif kepada syarikat.

Antara anggapan lazim orang ramai ialah PWS mungkin menghadapi masalah kewangan.

Kos penerbitan rancangan seperti AJL menelan ratusan ribu ringgit. Selama ini, pertandingan itu mampu ditampung daripada kutipan iklan.

PWS harus terus mengekalkan cara pemberian tiket secara percuma kepada penonton sejak pertama kali dianjurkan.

Menonton persembahan secara berbayar tiada banyak bezanya daripada menonton secara tiket percuma. Malah ia boleh ditonton secara langsung di TV.

Sukses dengan kejayaan ini, pihak PWS mungkin akan terus melakukannya bagi acara-acara lain seperti Anugerah Skrin contohnya. Dan mungkin lebih teruk apabila pertandingan yang berlangsung di studionya di Sri Pentas 2, Shah Alam turut akan dikenakan tiket berbayar seperti untuk menonton pertandingan Mentor.

Langkah yang diambil oleh PWS ini juga mungkin akan dicontohi stesen-stesen TV lain.

Astro pula mungkin akan menjual tiket untuk pertandingan seperti Gegar Vaganza.

Dan bukan mustahil nanti RTM juga mengenakan tiket berbayar bagi menyaksikan siaran lansung atau rakaman rancangan hiburan di Auditorium Besar, Angkasapuri.

— BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.