Siti Nurhaliza: Antara insan seni paling berjaya

Siti Nurhaliza: Antara insan seni paling berjaya

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

Dato’ Seri Siti Nurhaliza Tarudin adalah antara insan seni dunia paling berjaya. Dengan pencapaian cemerlang sejak 24 tahun lalu, layak beliau diberi pengiktirafan sedemikian.

Jumaat ini, 11 Januari 2019, Siti genap 40 tahun. Dalam usia yang dianggap sebagai ‘belia’ beliau dikurniakan nikmat berjaya dalam bidang seni, perniagaan dan hidup berkeluarga.

Siti dalam usia ‘belia’ ini mampu berada antara ratusan insan seni yang dianggap berjaya. Pengiktirafan seseorang insan seni ini tidak perlu dengan mempastikan namanya dikenali dan disanjung di seluruh dunia.

Tidak perlu namanya tercatat di Walk of Fame’ Hollywood. Tidak semestinya perlu menguasai pelbagai cabang seni. Pengiktirafan insan seni berjaya tidak hanya perlu diberikan kepada artis yang datang dari dunia Barat. Pencapaian di wilayah setempat turut diambil kira.

Siti mampu memperolehi sejumlah anugerah peringkat Asia. Pernah mengadakan persembahan di Royal Albert Hall London iaitu tempat impian artis untuk mengadakan persembahan.

Siti menjadi artis Malaysia paling popular di Indonesia, mengatasi pupularti beberapa artis Malaysia di negara itu seperti kumpulan Search dan Sheila Majid.

Kedudukan Siti di Malaysia tidak perlu dipertikai. Bagi sebahagian warga nama Siti lebih dikenali daripada nama Perdana Menteri. Malah tak salah bahawa Siti kini ikon paling popular di Malaysia.

Bakat nyanyian anak kepada anak anggota polis Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik ini mewarisi bakat keluarga bermula dari datuknya. Ibunya seorang penyanyi yang banyak terlibat dalam irama asli.

Bintang Siti mula bersinar selepas menjuarai Bintang HMI ’86 terbitan RTM.

Sebelumya pada 1983, Siti mencuba menyertai pertandingan terbitan sebuah stesen TV Jepun, Asia Bagus tetapi gagal.

Siti mungkin tidak berjaya menjadi penyanyi ternama tanpa bantuan keluarga. Dia perlu berterima kasih kepada kakak iparnya, Rozie Abdul Razak. Bekas wartawan Kumpulan Utusan ini yang mendorong Saiful Bahari (Ayie) membawa adiknya menjalani uji bakat di Auditorium P Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Mereka bernasib baik sampai pada saat akhir dan diterima setelah menyampaikan lagu ‘Kaulah Segalanya’ dengan Ruth Sahanaya. Pada peringkat separuh akhir Siti membawakan lagu ‘Kemelut Di Muara Kasih’ (Ziana Zain) dan pada peringkat akhir membawa lagu ‘Camar Yang Pulang’.

Selepas kemenangan itu Siti ditawar menjadi artis rakaman dari beberapa syarikat rakaman antarabanga. Tawaran seperti dari Warner Music, BMG Music dan Sony Music itu ditolak secara baik. Sebaliknya beliau menerima tawaran dari syarikat rakam tempatan yang sederhana, Suria Records.

Terhutang budi atas jasa Pengurus AR, Allahyarham Adnan Abu Hassan

Kejayaan Siti menyebabkan gadis yang berusia 16 tahun itu menjadi rebutan tiga syarikat rakaman antarabanga iaitu Warner Music, BMG Music dan Sony Music . Bagaimanapun dia memilih syarikat rakaman tempatan yang sederhana saja. Pengaruh Adnan Abu Hassan mendorong dia bernaung dengan Suria Records (SRC). Siti berkenalan dengan Adnan ketika menjadi salah seorang pembimbing Bintang HMI ’86.

Ketika itu, SRC memiliki beberapa artis terkenal seperti Norhaliza idris, Liza Hanim dan 2 by 2.

Di SRC , Siti turut dipasangkan dengan Noraniza Idris dalam ‘Hati Kama’ dan kumpulan 2 by 2 dalam lagu’ Kau Mawarku’. Siti membantu mempopularkan kedua-dua lagu itu.

Pada 2006, Siti menubuhkan ‘production house’ sendiri dikenali sebagai Siti Nurhaliza Productions.

Kini dalam usia 40 tahun Siti sudah sampai pada peringkat memperlahan kejaya seninya, tiada ada apa lagi perlu dicarinya. Dia cuma perlu muncul dalam majlis atau acara tetentu. Lebih baik dia memberi tumpuan pada khidmat kemasyarakatan, memperkembangkan bidang perniagaan dan memberi tumpuan kepada rumah tangga.

Ketika majlis ulang tahunnya ke-39, Siti mengumumkan kandungannya setelah 9 tahun berumah tangga dengan Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa. Kini beliau sudah memiliki cahaya mata Siti Aafiyah.

Bagi majlis ulang tahun ke-40 ini apa pula pengumuman kejutan yang diberi oleh Siti.

Soal kewangan bukan lagi masalah untuknya. Selain punya suami jutawan, Siti sendiri sudah dalam kategori jutawan hasil penglibatan bidang seni dan perniagaan seperti yang berkaitan dengan kosmetik dan pakaian.

Siti selepas ini mungkin memberi tumpuan ke arah kerja kebajikan. Beliau mungkin akan memperbanyak kerja-kerja berkaitan keagamaan. Siti penah membina sebuah masjid, Cuma tidak ramai mengetahuinya kerana tidak menggunakan namanya bagi masjid itu.

Malaysia bangga dapat melahirkan insan seni seperi Siti Nurhaliza. Populariti Siti Nurhaliza menyaingi Seniman Agung Tan Sri P Ramlee dan mengatasi kejayaan Allahyarham Sudirman dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

— BebasNews

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.