[EKSKLUSIF] Wings bakal punyai studio sendiri, rakam album penuh

[EKSKLUSIF] Wings bakal punyai studio sendiri, rakam album penuh

Oleh MUZLINA ABU BAKAR

SETELAH 32 tahun kekal sebagai salah satu kumpulan rock paling popular, Wings akan memiliki studio rakaman dan jamming sendiri.

Studio yang terletak di Ukay Perdana, Kuala Lumpur yang dalam proses akhir itu dijangka siap pada akhir Januari ini.

Wings yang kini dianggotai Awie, Eddie (gitar bes), Black (pemain dram) dan dua pemain gitar utama – Edrie Hashim dan Sham (bekas pemain gitar utama Wings) akan muncul dengan album terbaru mereka tidak lama lagi.

Eddie bersama isteri, Norlela Mohd. Yusof.

“Apabila studio ini siap, Wings akan memulakan rakaman album penuh dengan idea berlainan setelah sekian lama tidak muncul dengan album baru.

“Saya yakin dengan versatile yang Awie miliki dan muzik karektor Wings serta persembahan yang matang dan tersendiri apalagi dengan adanya dua lagi ahli baru, Wings akan tetap segar di hati para peminatnya,” kata Eddie yang pernah menganggotai Kombo RTM selama 2 tahun pada 1984 bermain gitar bass.

Eddie atau nama sebenarnya Samsaidi Ulong Idris, 50, merupakan satu-satunya ahli/pemuzik yang tidak pernah meninggalkan Wings sejak menganggotai kumpulan rock ini pada tahun 1986 sehinggalah hari ini.

BAHAGIAN DUA: Lapan tahun Eddie ‘merajuk’ dengan Awie

— BebasNews

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.