Anzalna umum hamil, tak kisah jantina bayi

Anzalna umum hamil, tak kisah jantina bayi

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

SEMPENA sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-33, pada 9 Januari lalu, pelakon Anzalna Nasir telah berkongsi berita tentang kehamilannya.

Anzalna berkongsi rasa gembira itu dalam Insragram miliknya (@anzalnanasir88) setelah menunggu lama selepas mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Hanif Mohamad Zaki pada 22 Februari 2016.

“Saat yang saya nantikan. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan bila waktu yang sesuai untuk kita dapat.

“Pada hari istimewa ini, sempena ulang tahun kelahiran saya, saya dan suami bakal menimang anak pertama,” kata Anzalna.

Menurut pelakon drama ‘Dendam Aurora‘  itu, dia sedar diri sedang hamil selepas balik bercuti dari Paris, Switzerland dan Itali, baru-baru ini.

“Alhamdulillah, usia kandungan saya sudah masuk empat bulan. Alhamdulillah saya hanya alami alahan waktu minggu keenam, tujuh dan lapan saja.

“Sekarang ini, keadaan saya kembali kepada normal. Setakat ini, belum mengidam nak makan apa-apa makanan lagi,” jelasnya.

Buat masa sekarang, Anzalna lebih mengutamakan kesihatan diri dan tidak kisah tentang jantina bayi yang bakal lahir kelak.

“Saya tak kisah anak lelaki atau perempuan, asalkan bayi sihat bila lahir nanti.

“Nak ikutkan sebelah saya ramai perempuan dan sebelah Hanif pula ramai lelaki. Kalau dapat lelaki atau perempuan kami terima saja,” katanya ceria.

Memandangkan ini adalah pengalaman pertama hamil, Anzalna mahu pastikan kandungannya dalam keadaan baik dan sebab itu dia berehat daripada seni lakonan.

“Tahun ini, saya terpaksa tolak tawaran berlakon. Saya cuma ambil kerja untuk promosi produk yang membabitkan saya sebagai duta saja.

“Lain-lain tu tunggu lepas bersalin nanti baru boleh sambung berlakon balik,” katanya.

— BebasNews

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.