Pelarian Syria Berhadapan Musim Sejuk Terburuk Di Aarsal

Pelarian Syria Berhadapan Musim Sejuk Terburuk Di Aarsal
Gambar atas:Ruba Saqr/Oxfam

 

LEMBAH BEQAA (Lubnan) — Musim sejuk yang kini melanda kawasan Aarsal di pergunungan Beqaa adalah yang terburuk pernah direkodkan dalam tempoh 10 tahun ini, dan ia menjadi cabaran terbesar buat pelarian Syria yang berada di kawasan ini.

Datuk Bandar Aarsal, Basel Houjayri berkata sejak minggu lepas kawasan ini dilitupi salji setebal 40 hingga 100 sentimeter, menyukarkan kegiatan harian masyarakat di sini.

“Suhu mencecah -6 darjah Celsius, mereka menjalani kehidupan seperti biasa dan apa yang dibimbangkan lagi ialah pelarian Syria yang tinggal di kawasan ini amat memerlukan bantuan dalam mengharungi musim sejuk.

“Tidak selesa, kesejukan dan kelaparan dihadapi pelarian ini yang mungkin boleh membawa maut meskipun tiada sebarang kematian direkodkan ketika musim kali ini,” katanya kepada Bernama melalui penterjemah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di sini hari ini.

Menurutnya, pelarian-pelarian Syria memerlukan bantuan yang mencukupi seperti bekalan makanan, selimut dan pemanas untuk meneruskan kehidupan seharian.

“Kedatangan Mapim memberikan berita gembira, selain badan bukan kerajaan (NGO) dalam dan luar negara yang datang membantu. Penduduk di Lubnan terutamanya di Aarsal turut menghulurkan bantuan walaupun penduduk di sini juga menghadapi kesukaran dan memerlukan bantuan makanan, pakaian dan pemanas,” katanya.

Di Aarsal terdapat 160 khemah dengan 60,000 pelarian iaitu mangsa perang di Syria sejak tujuh tahun lepas.

— BERNAMA
Please follow and like us:

One Response to "Pelarian Syria Berhadapan Musim Sejuk Terburuk Di Aarsal"

  1. Dr Mana  18/01/2019 at 2:51 pm

    Wars bring miseries to people. And here it’s due to civil wars among people of the same faith. Religion should bring peace not wars to people.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.