[VIDEO] Ramzan Akhmadovich guna kaedah tersendiri dekati rakyat

[VIDEO] Ramzan Akhmadovich guna kaedah tersendiri dekati rakyat

Oleh SYAHIDI BAKAR

KALAU sebelum ini ada walk-about, kini ada cycle-about. Presiden Republik Chechnya mempunyai caranya yang tersendiri untuk bertemu rakyat dari pelbagai kelompok dan juga lapisan masyarakat.

Ramzan Akhmadovich Kadyrov, anak bekas Presiden Akhmad Kadyrov itu, memilih untuk menunggang basikal mengelilingi beberapa lokasi strategik di tengah kota Grozny, baru-baru ini, untuk bertemu dan meluang masa beramah mesra dengan penduduk setempat.

Presiden berusia 42 tahun itu dilihat selesa dan gembira dengan caranya berbasikal dari satu lokasi ke lokasi lain untuk meninjau keadaan di sekitar bandar sambil bertanya khabar setiap kelompok rakyat yang ditemuinya.

Dalam rakaman video berdurasi lebih 3 minit yang tular di media sosial itu menunjukkan Ramzan Akhmadovich sambil diiringi oleh beberapa pegawai khasnya, tidak kekok berbasikal malah dilihat seakan-akan teruja apabila bertemu serta bersalam dengan setiap seorang penduduk yang mengenalinya.

Pendekatan santai Presiden Chechnya yang mengambil alih jawatan itu sejak Februari 2007, telah mendapat pujian warganet yang mezahirkan rasa kagum dengan tindakan ‘Mr. President’ dekati rakyat bawahan tanpa perlu sebarang protokol rasmi mahupun permaidani merah untuk menyantuni masyarakat.

Selain ramah, mudah didekati rakyat dan merendah diri, Presiden Ramzan Akhmadovich juga terkenal sebagai seorang pemimpin yang tegas serta tidak mudah tunduk kepada tekanan asing termasuklah desakan keras dari Amerika Syarikat.

Sikap beliau yang tidak berkompromi dalam soal berkaitan seruan agama Islam dapat dilihat apabila bertindak menghalang kehidupan sosial wanita melampaui batas selain turut tegas menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat atau bertingkah laku seperti homoseksual.

Penguatkuasaan tegas yang diambil telahpun mengundang kecaman hebat negara sekutu Barat yang mendakwa beliau pemimpin tidak menghormati hak asasi manusia dan ditekan hebat oleh Human Right Watch Antarabangsa.

Hasil perkahwinan Presiden Ramzan Akhmadovich dengan pasangannya, Medni Musaevna Kadyrova, mereka telah pun dikurniakan 12 orang anak termasuk dua anak angkat lelaki.

Beliau menggantikan Alu Alkhanov sebagai Presiden sebaik sahaja genap usia 30 tahun pada 2007, seperti mana diperuntuk perlembagaan negara yang mensyarakatkan usia minimum bagi presiden ialah 30 tahun.

Alu Alkanov memimpin Chechnya 3 tahun menggantikan Akhmad Kadyrov, bapa Presiden Ramzan Akhmadovich yang mati dibunuh dalam tragedi May 2004, di Istana Presiden.

— BebasNews

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.