Aduh! CIA mohon maaf kerana silap bunuh Osama yang tidak bersalah…

0
146

DUA tiga hari lepas tular satu berita tentang pihak Agensi Penyelidikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) memohon maaf kepada keluarga Osama bin Laden kerana kononnya baharu menyedari bahawa mereka tersilap membunuh bekas pemimpin Al-Qaeda itu yang didakwa terbabit dalam serangan ke atas World Trade Centre di New York pada 1 September 2001.

Yang melaporkan maklumat tersebut akhbar dalam talian, ‘The Onion’ , sebuah portal berita yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat dan dimiliki oleh Gizmodo Media Group.

Dalam laporan The Onion itu, Pengarah CIA Gina Haspel dikatakan telah mengeluarkan kenyataan meminta maaf secara ‘posthumous’ (selepas kejadian) pada Rabu kepada keluarga Osama bin Laden berikutan apa yang didakwanya sebagai bukti terbaharu bahawa Osama tidak bersalah.

Haspel dalam nada sedih menjelaskan bahawa buat kali pertamanya CIA mengaku hanya membuat keputusan untuk bertindak terhadap Osama berdasarkan keterangan palsu seorang saksi yang kemudiannya telah menarik balik kenyataannya.

Bagaimana pun, laporan yang sebenarnya hanya sebuah berita satira dan palsu itu telah diambil serius oleh pelbagai pihak di serata dunia, termasuk di Malaysia dan ditularkan dengan meluas kerana mutu sensasinya, dan ramai yang terus percaya.

Sebenarnya, portal ‘berita’ The Onion adalah sebuah portal berita palsu berpaksi sensasi satira yang popular.

Portal mengarut yang kini bernilai lebih 200 juta dolar Amerika itu antara penjana berita palsu dan satira unggul di dunia.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here