Bill Gates pun beratur bersama marhaen untuk beli burger

Bill Gates pun beratur bersama marhaen untuk beli burger
Gambar atas: Bilionair Bill Gates sabar berbaris untuk membeli burger di Seattle. / Foto: Mike Galos/Facebook.

 

MUNGKIN Bill Gates antara individu paling kaya di dunia, tapi namun demikian beliau tidak teragak-agak merendahkan status berbaris bersama orang biasa untuk membeli burger jalanan.

Bilionair yang begitu gemarkan burger itu dilihat sabar berbaris di restoran burger Dick’s Drive-in di Seattle hujung minggu lalu.

Bill yang dianggarkan mempunyai kekayaan lebih AS$95.5 bilion (RM394 bilion) ketika itu memakai baju panas merah, seluar kelabu dan kasut sneakers hitam, dengan tenang menunggu gilirannya dengan tangan menyeluk saku.

Harga pakej burger yang beliau beli itu berharga hanya AS$7.68 bersama minuman Coke dan ketang goreng.

Foto Bill itu dipostkan ke Facebook oleh seorang bekas pekerja Microsoft, Mike Galos di kawasan kejirananWallingford, Seattle.

Post tersebut diikuti teks, “Apabila anda bernilai lebih AS$100,000,000,000 dan memiliki dana amal terbesar di dunia dan masih mampu berbaris untuk membeli burger jalanan macam kita semua…”

“INILAH sifat orang yang betul-betul kaya…tidak seperti seorang tu yang tayang tempat duduk mangkuk tandas dibuat daripada emas di White House” (Trump).

Sehingga kini gambar tersebut telah mengutip berpuluh ribu ‘likes’ dan ‘share’.

-BebasNews
Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.