Kesombongan membawa padah bagi Pakatan Harapan…

1
69

 

Oleh AZIZ AHMAD SHARIFF

 

Mereka tidak begitu mesra (rakyat) mahu pun sanggup bekerja kuat seperti mana sewaktu mereka masih pembangkang dahulu.

JIKA tidak berubah sikap, enggan berpijak di bumi nyata dan menyentuh nadi rakyat, kerajaan Pakatan Rakyat akan mendapati diri mereka dalam jangka masa yang singkat rebah dan hilang sokongan.

Inilah antara perkara dirujuk oleh Penasihat Media Perdana Menteri Datuk Kadir Jasin dalam post blognya (di sini) yang terbaharu semalam.

Seperti karakter wartawan veteran yang dikenali sangat oleh ramai kawan-kawannya, apa yang dengan cara bersahaja ditulis oleh Kadir itu tanpa segan silu menggelar kerajaan Pakatan Harapan sebagai sebuah kerajaan yang belum lagi mampu menunjukkan prestasi.

Ini, menurut beliau kerana menteri, timbalan menteri dan para pembantu mereka tidak begitu mesra (rakyat) mahu pun sanggup bekerja kuat seperti mana sewaktu mereka masih pembangkang dahulu.

Sebagai contoh bunga-bunga keruntuhan kerajaan PH yang dirujuk Kadir termasuk insiden pemimpin-pemimpin PH yang memilih untuk bertelagah dengan penyokong mereka. “ Ini bunuh diri,” katanya.

Menurut Kadir beliau rasa terpanggil untuk memberikan ‘rating’ rendah kepada tahap prestasi menteri-menteri yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran makanan, pembekalan, pengangkutan, harga, pemantauan dan penguatkuasaan.

Beliau yang juga seorang daripada ahli majlis tertinggi Parti Pribumi Bersatu melahirkan rasa kesal kerana kos makanan yang tinggi dan insiden dua hari lalu apabila dua warga emas maut dalam kekecohan merebut kupon makanan percuma di Kuala Lumpur.

Selain itu,beliau turut menggesa agar menteri-menteri yang bertanggungjawab tentang perpaduan nasional, pembangunan luar bandar, pendidikan dan pelancongan supaya turun ke padang bekerja atau mereka akan berdepan dengan desakan rakyat supaya disingkirkan.

Dalam pada itu,beliau juga menyentuh tentang sikap ‘U-Turn’ kerajaan PH berhubung beberapa isu dasar. Kadir berkata rakyat tidak lagi boleh menerima alasan ‘akan kaji’ atau menyalahkan kerajaan terdahulu apabila janji tidak dapat dipenuhi.

Tentang kemenangan besar calon Barisan Nasional (BN) di Cameron Highlands baru-baru ini, Kadir berkata segala keluhan pengundi di sana bukan perkara baharu.

Bagi beliau beberapa faktor menyumbang kepada majoriti yang diperoleh oleh BN dan ini jelas menunjukkan bahaya yang nyata kepada PH.

Kepintaran jentera BN meletakkan bekas pegawai polis Ramli Mohd Nor, anak watan daripada suku kaum Orang Asli di situ untuk bertanding sebagai calon dengan mudah meyakinkan kaum tersebut memilih beliau sebagai wakil rakyat mereka.

Orang Melayu pula mudah menerima Ramli yang merupakan seorang orang asli beragama Islam, walaupun di Cameron Highlands pecahan pengundi tidak menyaksikan mana-mana kaum muncul sebagai majoriti.

Memantau sekitar kempen pilihan raya kecil di Cameron Highlands, Kadir mendapati para pemimpin PH lebih suka berlonggok di meja-meja VIP dan tidak mesra bersama rakyat marhaen. Mereka seolah-olah tidak peka dengan isu-isu asas seperti kenaikan harga barang dan perkhidmatan, pengangguran dan rumah mampu milik.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin PH perlu lebih mendampingi rakyat untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai kerajaan.

Ini kerana pengundi yang menolak UMNO, BN dan kerajaan terdahulu sepatutnya memperoleh sesuatu lebih baik daripada apa yang ada sekarang dan jika mereka mampu menjatuhkan kerajaan BN, mereka juga mampu menjatuhkan kerajaan PH.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

  1. Ramai orang dalam PH masih bermimpi dan berterusan menyalahkan kononnya UMNO dan PAS menggunakan isu perkauman untuk memenangi pilihanraya kecil di Cameron Highland.

    Sebenarnya yg sebaliknya berlaku. PH terutama sekali DAP lah yg paling banyak memainkan isu perkauman dalam pilihanraya Cameron Highland.

    Ada beberapa faktor kenapa PH kalah.
    1) faktor calon. Dengan meletakkan seorang India dari DAP, PH kehilangan hampir keseluruhan undi melayu dan orang ASli.
    2) Melayu menyampah dengan DAP ( dan juga PH).
    Orang Melayu dapat melihat bahawa Menteri PH dari DAP dan PKR yg mengapi apikan orang Hindu dalm kes kuil di Selangor baru baru ini.

    Disamping itu, ternyata amaran dan ingatan UMNO bahawa melayu jadi bangsat jika UMNO tumbang mula menampakkan kebenarannya. Asset GLC seperi TABUNG hAJI, FGV, PNB jadi korban. Lebih memilukan orang melayu, yg jadi jurucakap untuk beritahu berita sedih bagi orang melayu ini adalah orang DAP pula.

    3) PM dilihat sebagai ikut telunjuk DAP. Jawatan yg sangat penting seperti Menteri kewangan diberi pada Guan Eng. dan beliau dilihat sebagai memusuhi Melayu. Dan orang melayu kecewa bila habuan diberikan kepada sekolah Persendirian Cina yg tak ikut dasar kerajaan.

    Orang melayu boleh membaca kenapa Tun begitu bertegas mahu seorang bukan islam dilantik sebagai Peguam Negara, Ketua hakim Negara.

    4) Faktor Anwar Ibrahim. 30% pengundi Orang melayu memilih PH dalam PRU lepas atas faktor percayakan TUn. Bukan bermakna mereka sukakan Anwar. Sebenarnya majoriti melayu muak dengan Anwar. Saya sendiri berpendapat Anwar adaalh ahli politik yg hanya fikir akan cita cita dirinya sahaja

    5) Faktor Mohd Hassan
    Mohd Hassan sangat popular dikalangan orang melayu. Dia faham bahawa tiada gunanya buang masa tarik undi bukan melayu.

    6) Faktor PAS.
    Berakhirnya kuasa politik UMNO menyaksikan bahawa kedua dua UMNO dan PAS sedar mereka perlu kerjasama. Contoh terbaik adalah parlimen Titiwangsa dan Sungai petani dimana kerana pecah undi Melayu antara PAS dan UMNO, maka PH menang.

    7) Perbandingan Melayu yg mendapati zaman Najib memerintah, Melayu lebih terbela.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here