Pelacuran online: Vanessa Angel rasmi jadi tertuduh

Pelacuran online: Vanessa Angel rasmi jadi tertuduh

Vanessa didakwa terbabit dalam kegiatan pelacuran itu dengan turut menyebarkan video dan gambar ‘berani’nya.

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 
PELAKON kontroversi Vanessa Angel, 27, akhirnya rasmi menjadi teryyuduh dalam kegiatan pelacuran dalam talian atau di Indonesia dikenali sebagai prostitusi online.

Vanessa menjadi berita bualan di Indonesia sejak sebulan lalu setelah dirinya dikaitkan terbabit dalam kegiatan pelacuran tersebut.

Polis Daerah Jawa Tengah mengeluarkan surat tahanan pada jam 3 petang, semalam (30 Januari).

Sebelumnya, Vanessa menjalani sesi soal jawab sejak jam 10 pagi, kata Pegawai Perhubungan, Frans Barung Mangera.

Vanessa didakwa terbabit dalam kegiatan pelacuran itu dengan turut menyebarkan video dan gambar ‘berani’nya.

Polis Daerah Jawa Tengah turut mendakwa mempunyai senarai sejumlah nama artis dan model yang terlibat dalam kegiatan pelacuran dan bakal melakukan tangkapan tidak lama lagi.

Senarai itu diperolehi daripada empat bapa ayam (muncikari) yang ditangkap sebelum ini.

— BebasNews

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.