Selamat Tahun Baharu Cina daripada QSR Brands

UCAPAN Selamat Tahun Baharu Cina 2019 daripada pengurusan kanan QSR Brands termasuk Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil kepada seluruh kakitangan QSR Brands.

QSR Brands (M) Holding Berhad merupakan syarikat utama dalam industri peruncitan (retail) makanan, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Asia Tenggara.

Mendapat lesen daripada Yum!Brands, QSR Brands adalah satu-satunya syarikat yang dibenarkan mengendalikan restoran makanan KFC dan Pizza Hut.

Terdapat lebih 810 restoran KFC yang dikendalikan oleh QSR Brands di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja, manakala terdapat lebih 460 restoran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura.

DSR Brands juga antara syarikat paling ramai mengambil pekerja dengan mengupah lebih 35,000 orang bekerja di Malaysia, singapura, Brunei dan Kemboja.

— BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.