Speedy  Gonzales…

0
87

 

Oleh TAMRIN TUN GHAFAR

 

  1. Pat Boone, salah seorang penyanyi Amerika Syarikat telah buat pertama kalinya memperkenalkan lirik lagu ini, SPEEDY GONZALES pada 1962.
  2. Lirik lagu ini adalah berdasarkan sebuah karakter siri kartun Looney Tune ciptaan McKimson dan Friz Freleng dalam tahun 1953.
  3. Kata – kata Speedy Gonzales yang masih di dalam ingatan ialah ” Come on Hurry up “; disebut juga dalam bahasa Sepanyol atau Spanish ” Andela ! Andela , Arriba ! Arriba ! “.
  4. Sehingga kini Speedy Gonzales diguna pakai bagi maksud dan tujuan tertentu.
  5. Pelantikan Tengku Abdullah sebagai Yang Di Pertuan Agong ke16 pada hari semalam bersamaan Khamis 31hb Januari 2019 dilaksanakan begitu cepat sekali iaitu HANYA 15 hari sahaja setelah diangkat menjadi Sultan Pahang.
  6. Bermula dengan pelantikan beliau sebagai Sultan Pahang yang baru pada hari Selasa 15hb Januari 2019 yang lalu.
  7. Pelantikan beliau sebagai Sultan Pahang adalah bagi menggantikan ayahanda beliau Sultan Haji Ahmad Shah yang sedang uzur.
  8. Pelantikan ini kena pada masanya apabila Tengku Faris, Sultan Muhammad V , Sultan Kelantan meletakkan jawatan sebagai Yang Di Pertuan Agong ke15.
  9. Jika sekiranya Tengku Abdullah tidak dilantik sebagai Sultan maka beliau TIDAK berpeluang menjadi Agong buat masa terdekat ini.
  10. Sultan Kelantan dipilih sebagai Yang Di Pertuan Agong pada 13hb Disember 2016 untuk tempoh 5 tahun bagi menggantikan Sultan Abdul Halim dari Kedah yang tamat tempoh pada 12hb Disember pada tahun yang sama.
  11. Untuk rekod inilah kali pertama dalam sejarah negara seorang Sultan bertindak melepaskan jawatannya sebagai Agong walaupun beliau masih punyai tempoh waktu untuk terus berkhidmat.
  12. Begitu juga dengan pelantikan Tengku Abdullah.
  13. Kepada Tengku Abdullah, Yang Di Pertuan Agong yang baru , laksanakanlah tugas dan tanggungjawab dengan beramanah dan berhemah.
  14. Jadikanlah Al-Quran sebagai teman dan Perlembagaan dan undang -undang sebagai garis panduan.
  15. Mengikut Perlembagaan Agong TIDAK boleh bertindak sesuka hati tanpa mendapat nasihat Perdana Menteri terlebih dahulu.
  16. Dalam dunia IT ini segala apa yang dilakukan pasti akan mendapat reaksi orang ramai dengan cepat.
  17. Jangan sesekali cuba menggunakan kesempatan bagi mengayakan diri, keluarga dan sanak saudara.
  18. HORMATLAH PERDANA MENTERI DAN RAKYAT JIKA MAHUKAN TIMBAL BALAS YANG SAMA.

—BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here