JDT genggam Piala Sumbangsih buat kali keempat

0
22
Gambar atas: Pasukan JDT meraikan kejayaan merangkul Piala Sumbangsih 2019 selepas menewaskan Perak dengan 1-0 pada perlawanan yang diadakan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin malam ini. –fotoBERNAMA 

 

JOHOR BAHRU – Johor Darul Takzim (JDT) mengekalkan Piala Sumbangsih buat kali kedua berturut-turut apabila menewaskan juara Piala Malaysia musim lalu, Perak 1-0 di Stadium Tan Sri Hasan Yunos, Larkin,malam tadi.

Gol tunggal jaringan minit ke-40 oleh Gonzalo Gabriel Cabrera sudah cukup memastikan JDT meraih Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali keempat.

Pemain JDT Syafiq Ahmad (dua, kanan) melakukan tendangan sambil dicabar pemain Perak Zachary Michael Anderson (kanan) pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin hari ini. Kedudukan separuh masa pertama JDT mendahului dengan 1-0. –fotoBERNAMA

Kemenangan itu sekali gus membuka langkah awal JDT mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan pembukaan Liga Super musim 2019.

Perlawanan tersebut jelas dikuasai sepenuhnya oleh JDT ketika Perak langsung tidak bermaya menyaingi pasukan tuan rumah.

Trofi Piala Sultan Haji Ahmad Shah telah disampaikan  Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here