Kit Siang: Pengiktirafan sijil UEC perlu persetujuan bangsa lain

Meminggirkan perasaan orang Melayu kerajaan akan tumbang

Kit Siang: Pengiktirafan sijil UEC perlu persetujuan bangsa lain

Ditanya adakah beliau telah mengajukan tuntutan DAP kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir tentang pendiriannya mengenai pengiktirafan sijil UEC, namun beliau mengatakan yang beliau belum pernah membincangkan dengan Mahathir.

Oleh HISEMUDIN KASIM

 
HARI ini, 7/2/2019 Sin Chew Daily menulis satu artikel bertajuk, Lim Kit Siang: Pengiktirafan sijil UEC perlu persetujuan bangsa lain, meminggirkan perasaan orang Melayu kerajaan akan tumbang.

Artikel dalam bahasa Mandarin ini boleh dilawati di https://www.sinchew.com.my/…/2019-02/07/content_2007263.html

Ikutilah terjemahan saya dari artikel ini:

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, dalam usaha untuk mengiktiraf sijil UEC, perkara utama ialah memberi kefahaman kepada masyarakat Melayu terhadap UEC serta perkara yang merugikan dan yang boleh mengakibatkan kedudukan mereka.

Katanya, jika Pakatan Harapan langsung tidak mempedulikan perasaan orang-orang Melayu, ini akan memberi peluang kepada anasir-anasir yang suka menghasut isu perkauman dan orang-orang yang menakut-nakutkan untuk mencapai matlamat. Maka akan menyebabkan kerajaan baru akan tumbang.

Beliau yang berkata demikian semasa interview khas “Menyelami Malaysia”, memberitahu masyarakat Melayu berpendapat mengiktiraf UEC akan mengakibatkan kerugian kepada mereka ataupun menyebabkan kedudukan mereka terancam. Bagaimanpun ini tidaklah benar, tetapi masih perlu untuk berhadapan dengan mereka dan tidak sekali-kali meminggirkannya.

Beliau menegaskan persoalan mengenai pengiktirafan UEC tidak pernah diabaikan oleh DAP. Malah beliau penuh yakin yang kerajaan Pakatan Harapan akan mengiktiraf sijil UEC sebelum PRU yang akan datang.

Katanya, kini apa yang dilakukan oleh DAP ialah untuk mencorakkan perjuangan yang lebih besar dan yang lebih jauh tetapi tidak sekali-kali melepaskannya.

Beliau menegaskan yang pengiktirafan sijil UEC adalah satu satu perkara yang amat dekat dengan masyarakat Cina malah ia telah dimasukkan dalam manifesto Pakatan Harapan. Bagaimanapun ia bukanlah harus dilakukan dalam 100 hari pentabdiran kerajaan Pakatan Harapan.

Lim Kit Sing berkata, bukan saja janji pengiktirafan UEC malah janji-janji lain dalam manifesto akan dilaksanakan peringkat demi peringkat.

Ditanya adakah beliau telah mengajukan tuntutan DAP kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir tentang pendiriannya mengenai pengiktirafan sijil UEC, namun beliau mengatakan yang beliau belum pernah membincangkan dengan Mahathir, tetapi percaya yang kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama.

Berkenaan dengan tohmahan yang mengatakan selepas PRU14 yang lalu dan DAP berjaya melangkah masuk ke Putrajaya telah menyebabkan peranannya untuk melindungi masyarakat Cina menjadi semakin pudar. Lim Kit Siang mengatakan yang DAP tidak pernah membelakangi masyarakat Cina.

Katanya, ini adalah salah faham masyarakat Cina terhadap DAP. Selama ini DAP melindungi kepentingan rakyat keturunan Cina dan semua kaum di Malaysia. Sebelum PRU14 yang lalu, kepentingan masyarakat Cina telah diketepikan tetapi kini DAP akan mengubah ketempangan ini. Untuk memelihara kepentingan masyarakat Cina tidak pernah diabaikan oleh DAP.

“Kami akan terus melindungi (kepentingan masyarakat Cina), pendirian ini tidak pernah kami abaikan. Bagaimanapun kita mahukan sebuah kerajaan yang terus memerintah, kita bukan hanya mahu memastikan yang Pakatan Harapan tidak hanya cukup memerintah setahun atau dua tahun saja, tetapi mahu memastikan jika suatu hari nanti kerajaan Pakatan Harapan tumbang, apa yang kita lakukan hari ini tidak akan dinafikan oleh kerajaan yang baru kelak.”

Lim Kit Siang yang merupakan veteran DAP juga mengatakan yang kerajaan Pakatan Harapan akan menuju satu matlamat untuk kekal memerintah dan melakukan perancangan pemerintahan yang panjang. Untuk mencapai matlamat itu, perancangan kerajaan Pakatan harapan haruslah mendapat persetujuan daripada kaum-kaum yang lain.

Diterjemahkan oleh Hisemudin Kasim
4:00 pm, 7/2/2019
BSP, Selangor.

Nota kaki :

Selepas saja artikel ini disiarkan di Sin Chew Daily, ia telah mengundang ratusan kecaman nitezen dari kalangan pembaca keturunan Cina. Mereka menempelak yang DAP mempermainkan masyarakat Cina yang hanya mahukan undi mereka untuk ke Putrajaya.

Kini dah jadi kerajaan tetapi tidakpun melaksanakan janji manifesto. Ia amat mengecewakan mereka. Dalam banyak komen itu, ramai yang mengatakan DAP atau pun Pakatan Harapan akan hanya menjadi kerajaan untuk satu penggal saja.

Ia berlainan nada dari masyarakat Cina yang memberi 95% sokongan dalam PRU14 dahulu. Namun setelah pelbagai janji yang ditaburkan tidak menepati sasaran dan yang paling menyakitkan bagi mereka ialah tentang prestasi anak Lim Kit Siang iaitu Lim Guan Eng dalam mentadbir ekonomi Malaysia.

Orang-orang Cina amat sensitif dengan dunia perniagaan dan hal-hal ekonomi, maka setelah 9 bulan di bawah kerajaan Pakatan Harapan, mereka melahirkan kekecewaan yang amat mendalam terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

— BebasNews
Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.