JDT berpeluang benam Kuala Lumpur

0
17

KUALA LUMPUR – Juara Sumbangsih, Johor Darul Takzim (JDT) dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengutip tiga mata penuh apabila berdepan dengan Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hasan Yunos, Larkin, Johor, malam ini.

Reputasi JDT tidak disangsikan untuk mudah menjinakkan pasukan pelawat yang tewas 1-3 kepada Pahang dalam perlawanan pertama minggu lepas.

Buat JDT yang menewaskan Perak 1-0 di gelanggang sendiri minggu lepas untuk menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali keempat tetap menjadi pilihan bagi mengatasi Kuala Lumpur yang masih belum reda ekoran kekalahan kepada Pahang.

Buat Perak pula menanti kunjungan Kedah adalah peluang terbaik untuk menebus kekalahan 0-1 kepada JDT apa lagi beraksi di gelanggang sendiri malam ini.

Lebih menarik ribuan penyokong Perak bakal mengisi setiap ruang Stadium Perak apabila Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan tiket percuma diberikan kepada rakyat negeri itu untuk menyaksikan pertembungan dengan Kedah.

Ini sudah pasti memberi suntikan semangat buat anak didik jurulatih Mehmet Durakovic untuk menewaskan Kedah yang dalam perlawanan pertama berjaya menewaskan PKNP 2-0 minggu lepas.

Bagi Pahang pula bakal merintis saingan getir apabila menanti kunjungan Terengganu di Stadium Darul Makmur malam esok. Terengganu pula dalam perlawanan pertama terikat 1-1 ketika berdepan PKNS.

Dalam perlawanan esok pula tumpuan ke arah Melaka United yang disebut-sebut memiliki pasukan paling ampuh akan diuji apabila bertandang ke Stadium Shah Alam berdepan PKNS.

Melaka United yang mengutip tiga mata penuh minggu lepas selepas menewaskan PJ City FC 2-1 di Stadium Hang Jebat bakal berdepan tugas rumit bertemu PKNS yang mengikat Terengganu dengan keputusan seri 1-1 sebelum ini.

Buat jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hasan, beliau percaya anak buahnya mampu menjinakkan PKNS biarpun dalam aksi pertama persembahan pertama belum mencapai tahap 100 peratus.

Dalam perlawanan lain hari Ahad pula, Felda United akan berdepan PKNP di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang.

 

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here