FAM minta Felda bayar RM1.3 juta

Jawatankuasa status FAM arahkan Felda United jelaskan tunggakan gaji 6 pemain berjumlah RM1.3 juta

FAM minta Felda bayar RM1.3 juta

 

Oleh AMRAN MULUP

 

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi tempoh selama 30 hari buat Felda United menjelaskan bayaran tunggakan gaji enam pemain kelab itu yang keseluruhan berjumlah RM1.3 juta.

Mesyuarat jawatankuasa itu yang dipengerusikan Mohd. Joehari Ayub pada 1 Februari lalu menegaskan jika Felda United gagal menjelaskan tunggakan gaji enam pemain terbabit dalam tempoh yang ditetapkan tindakan tegas akan diambil ke atas kelab tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini Mohd. Joehari berkata, apa-apa deposit penyertaan pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja wang berbaki Felda United yang berbaki tersimpan di FAM akan dibayar terus kepada pemain terbabit.

“Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi,” ujarnya.

Enam pemain Felda United yang menuntut tunggakan gaji ialah Ahmad Syamim Yahya (RM259,591.20), Mohd. Farizal Harun (RM167,491.40), Muhammad Azreen Zulkafali (RM38,930.70), Muhammad Hadin Azman (RM193,000), Muhammad Shukor Adan (RM390,681.90) dan Wan Zack Haikal Wan Nor (RM278,223.60).

Jawatankuasa yang bersidang itu juga turut memutuskan Persatuan Bolasepak PDRM dikehendaki membayar tunggakan gaji ke atas tiga pegawai iaitu Hazrol Ahamed (RM24,000),Mohammad Fazil Abd. Rahim (RM24,000)dan Muhammad Khalid Jamlus (RM42,000).

Tidak terkecuali ialah Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) yang turut diarahkan untuk membayar tunggakan gaji ke atas dua pemain pasukan itu dalam tempoh 30 hari membabitkan Famirul Asraf Sayuti (RM23,000) dan Mohd. Alafi Mahmud (RM29,000).

Kuantan FA pula diarahkan membayar sebanyak RM39,600 ke atas seorang pegawai pasukan itu  Mohammad Fazil Abd. Rahim manakala Hanelang FC pula perlu menjelaskan tunggakan gaji membabitkan empat pegawai kelab itu dan seorang pemain Reeshafiq Alwi berjumlah RM14,000.

Terengganu City FC pula perlu membayar RM48,000 termasuk elaun rumah ke atas seorang pegawainya, Anuar Jusoh manakala 10 pemain membabitkan keseluruhan RM191,000.

—BebasNews
Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.