Piala FA 2019 cipta sejarah

Piala FA 2019 cipta sejarah

Sebanyak 14 pasukan yang beraksi dalam saingan Liga M3 dan 24 pasukan lain pula beraksi dalam Liga M4 akan mengharungi pusingan kelayakan sebelum layak ke pusingan pertama.

 

Oleh AMRAN MULUP

 
SAINGAN Piala FA musim 2019 menyaksikan perubahan baharu apabila 38 pasukan berstatus amatur akan bersaing pada pusingan kelayakan yang akan bermula 16 Februari ini.

Format baharu yang diperkenal oleh Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sejak kempen Piala FA diperkenal pada 1990 dijangka memeriahkan lagi Liga Malaysia musim ini.

Sebanyak 14 pasukan yang beraksi dalam saingan Liga M3 dan 24 pasukan lain pula beraksi dalam Liga M4 akan mengharungi pusingan kelayakan sebelum layak ke pusingan pertama.

Setiap pasukan yang menang pusingan kelayakan ini akan mara ke pusingan pertama sebelum layak ke pusingan kedua dan dijadualkan berdepan pasukan daripada Liga Super dan Liga Perdana.

Semua perlawanan Piala FA 2019 dan termasuklah perlawanan akhir akan diadakan secara kalah mati, kecuali perlawanan peringkar suku akhir dan separuh akhir yang akan diadakan secara timbal balik.

Pasukan yang layak bertanding ke pusingan kelayakan:

Liga M3 :
1) Glory United FC
2) Kelantan United FC
3) Penjara FC
4) Protap FC
5) SAMB FC
6) DDM FC
7) Tun Razak FC
8) Puchong Fuerza FC
9) BTK FC
10) Kuching FA
11) JBFA
12) Ultimate FC
13) Armed Forces FC
14) Batu 2 FC

Liga M4 :
1) Ampang United FC
2) MD Besut
3) FC Pemanis
4) Isma FC
5) Jerantut FA
6) Kampung Raja Uda (KRU FC)
7) Kingstown Klang FC
8) Klasiko FC
9) Mofah FC
10) Raja Permin FC
11) Real Chukai FC
12) Shah Alam Antlers
13) Southern FC
14) Rawang City FC
15) MPKJ FC
16) PIB FC
17) Kuatagh FC
18) Newbies FC
19) Blastier Galicia FC
20) SA United FC
21) XBBSB FC
22) KSR Sains
23) Markless ST
24) MPPD FC

— BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.