Buang mereka yang merosakkan parti

0
34

 

Oleh TAMRIN TUN GHAFAR

 

  1. ‘Siakap Senohong , Gelama Ikan Duri , Bercakap Bohong , Lama – Lama Mencuri’ –  itulah ingatan orang tua – tua kepada anak – anak mereka.
  2. Bukan ke UMNO dan Barisan Nasional ( BN ) yang dulunya dikenali sebagai Perikatan telah memerdekakan negara daripada terus di kuasai oleh penjajah 61 tahun yang lalu.
  3. Bukan ke UMNO telah banyak menabur bakti kepada rakyat khasnya kepada kita orang Melayu yang ketinggalan dalam banyak bidang.
  4. Bukan ke UMNO juga yang tak mahu melihat bangsanya menjadi pengemis di tanahairnya sendiri.
  5. SEBENARNYA UMNO  TIDAK  BERSALAH.
  6. Yang bersalah ialah mereka yang telah diberi mandat oleh ahli sebagai pemimpin mereka.
  7. Pemimpin – pemimpin UMNO / BN yang menerajui Kerajaan telah menjalankan tugas TANPA AMANAH.
  8. Diketuai oleh Najib dan Timbalannya , Zahid Hamidi, mereka merompak dan terus merompak harta negara yang dipunyai rakyat.
  9. Ramai mereka yang menentang dipenjarakan dan didakwa di mahkamah – ini termasuklah diri saya sendiri.
  10. Pegangan mereka ‘Cash is King’ rupanya salah.
  11. Ada juga Pegawai – Pegawai Tinggi Kerajaan yang ditukar , di ‘cold storage’ dan diberhentikan kerja.
  12. Mereka yang pandai ‘mengampu’ dinaikkan pangkat , dibayar gaji dan elaun yang begitu mewah ; asalkan mereka sedia mengikut telunjuk.
  13. Pemakan – pemakan dedak pula diberi berbagai projek TANPA mengikut aturan dan peraturan yang sepatutnya.
  14. Lebih buruk lagi projek – projek dan hartanah raksasa dan bernilai tinggi diberi kepada syarikat – syarikat gergasi dari China.
  15. Atas desakan Chua Soi Lek, Presiden MCA ketika itu , DEB atau Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Tun Razak sekitar tahun 1972 , dihapuskan oleh anaknya , Najib, Perdana Menteri dan Presiden UMNO ketika itu.
  16. Begitu juga RUU 355 yang dicadangkan oleh PAS ditangguhkan oleh Kerajaan UMNO / BN beberapa kali sehingga kalah Pilihan Raya Umum pada hari Rabu 9hb Mei 2018.
  17. Kebencian rakyat terhadap Najib , Rosmah , Zahid Hamidi dan juak – juaknya begitu membara.
  18. Pilihan rakyat amat terbatas , buang Najib bermakna terpaksa buang UMNO / BN atau simpan UMNO bermakna simpan Najib.
  19. Selepas UMNO / BN di benamkan , rakyat menaruh harapan tinggi kepada 4 parti terdiri dari BERSATU , PKR , DAP  dan AMANAH yang bergabung di bawah satu lambang iaitu Pakatan Harapan atau PH.
  20. Kerajaan Johor , Melaka , Negeri Sembilan , Perak, Kedah dan Sabah bertukar tangan dari UMNO / BN ke PH sedangkan Selangor dan Pulau Pinang telah jatuh lebih awal lagi.
  21. Memang rakyat sedar mereka yang diberi peluang sama ada sebagai Menteri , Timbalan Menteri , Setiausaha Politik dan jawatan – jawatan lain termasuk jawatan Menteri – Menteri Besar adalah muka baru yang kurang berpengalaman.
  22. Rakyat tidaklah sezalim yang dianggap – 61 tahun rakyat bersabar tetapi setiap kesabaran itu ada batasnya.
  23. Sehari dua ini negara digemparkan dengan sikap salah laku Timbalan Menteri Luar Negari yang juga baru diangkat sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu atau BERSATU yang katanya telah tidak berterus terang tentang kelulusan akademik beliau.
  24. Di Johor pula Menteri Besar , Osman Sapian diminta membuktikan ijazah yang kononnya telah diperoleh dari Universiti Putra Malaysia atau UPM.
  25. Setahu saya beliau yang pernah menganggotai Partai Sosialis , telah bekerja sebagai penjual atau salesman mesin Singer dan kemudiannya penjual kereta Datsun ; maka itu lah puncanya beliau punyai gelaran Man Singer tapi dalam kalangan masyarakat Johor beliau lebih dikenali dengan panggilan Man Datsun.
  26. Beliau yang pernah bertugas dengan Tan Sri Mat Rahmat ( ALFATIHAH ) sebagai pembawa beg pernah diberi peluang bertanding atas tiket UMNO sebanyak 2 penggal.
  27. Begitu juga nasib malang PH di Perak.
  28. Mengikut berita Menteri Besar Perak juga telah membohongi rakyat dengan sijil pelajaran yang dimilikinya.
  29. Jika berita salah laku ketiga – tiga itu benar mereka patut memohon maaf kepada Perdana Menteri dan rakyat dan MENGUNDURKAN DIRI ; rakyat sudah pasti akan menghormati mereka.
  30. Sebaliknya jika mereka lebih mementingkan diri dari parti ( SELFISH ) Perdana Menteri perlu menggantikan mereka dengan orang lain.
  31. Tun yang menggalakkan Dasar Pandang ke Timur PERLU menterjemahkan Dasar itu dalam erti kata sebenarnya.
  32. JIKA PENIPUAN SEPERTI INI BERLAKU DI JEPUN , SUDAH  PASTI MEREKA AKAN  MELETAKKAN JAWATAN  TANPA MENUNGGU  DIPECAT.
  33. Berita terbaru, Menteri Kesihatan Sepanyol, Carmen Menton telah meletak jawatan secara sukarela, manakala Parlimen Iran pula memecat Ali Kordan, Menteri Dalam Negeri.
  34. Percayalah jika Tun tidak bertegas , Pembangkang pasti akan menggunakan isu penipuan ini di Pilihan Raya Kecil Semenyih nanti.
  35. Ketiga – tiga mereka adalah anggota parti BERSATU, justeru rakyat berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti tersebut janganlah cuba melindungi mereka – SALAH TETAP SALAH, mereka tidak lagi mahu mendengar alasan demi alasan pucuk pimpinan parti.
  36. JANGAN BIARKAN BEBERAPA  TITIK  NILA  MEROSAKKAN  SUSU SEBELANGA.
  37. Jangan anggap perkara ini satu yang remeh.
  38. Rakyat dahagakan kepimpinan yang bersih, ikhlas , amanah dan jujur.
  39. KEPADA TUN, POTONGLAH JARI DAN KAKI PESAKIT  KENCING  MANIS ITU  SEBELUM  IA MEMBAWA  MAUT.
  40. JANGAN BIARKAN NASI MENJADI BUBUR.
  41. Harap dapat dikongsi bersama mereka yang berkaitan.

 

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here