[VIDEO] Kekuatan baharu UMNO terletak pada Tok Mat

KITA berkali-kali menyaksikan filem P. Ramlee, Nujum Pak Belalang. Salah satu soalan yang dikemukakan kepada Pak Belalang ialah: “Di mana terletaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah? Dikerisnyakah? Atau ditenaganyakah?”

Jika soalan itu diolah semula untuk mengenali “di mana terletaknya kekuatan UMNO pada masa ini? Pada ahli-ahlinyakah? Atau pada ketuanyakah?”

Jawapan yang banyak diterima pada masa ini ialah “pada Tok Mat.”!!!

Kebijakan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang menjalankan tugas sebagai presiden parti, mengemudikan bahtera UMNO selepas dibadai tsunami besar kian mendapat pengiktirafan ahli-ahli serta kawan dan lawan.

Kemenangan BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari lalu dilihat menjadi testimoni terpenting kepada kebangkitan UMNO dan BN daripada “pukul TKO” pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Selain itu, kepetahan beliau yang lebih mesra dipanggil dengan nama Tok Mat Hasan dalam berceramah dan berbahas dengan mengunakan dialek Negeri Sembilan dan disulami dengan kata-kata “bak kato orang tuo-tuo” didapati amat menarik perhatian penonton serta pendengar.

Ikuti sedikit sebanyak koleksi ayat-ayat nasihat, peringatan dan pengajaran daripada Tok Mat Hasan ini.

Bahasa kampung di mulut tokoh korporat yang menjadi ahli politik. Tidak perlu bahasa bombastik tetapi disampaikan dengan sangat dekat dengan khalayak.

Posted by Ab Jalil Backer on Monday, February 11, 2019

— BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.