Malaysia bakal anjur semula F1 di SIC?

Malaysia bakal anjur semula F1 di SIC?
(GAMBAR ATAS) DR MAHATHIR MOHAMAD bersama Anugerah Pencapaian Seumur Hidup yang dimenanginya. – BERNAMA

Saya berharap perlumbaan F1 akan kembali semula ke Malaysia.

 

Oleh AMRAN MULUP

 
IMPIAN rakyat Malaysia untuk kembali menyaksikan perlumbaan berprestij iaitu Formula Satu (F1) yang kali terakhir diadakan pada 2017 di Sirkit Antarabangsa Sepang (SIC) bakal menjadi kenyataan kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Saya berharap perlumbaan F1 akan kembali semula ke Malaysia,” kata Perdana Menteri dalam ucapan ringkas selepas menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup pada majlis Anugerah Sukan Permotoran Petronas SIC-Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) 2018 di Kuala Lumpur malam tadi (12 Februari).

Pembinaan SIC yang merupakan litar perlumbaan bertaraf dunia dan penganjuran F1 dibawa ke Malaysia pada 1999 adalah idea daripada Tun Dr. Mahathir sendiri.

Mengimbas kembali pembinaan SIC kata Perdana Menteri, idea untuk membina litar perlumbaan bertaraf dunia ketika beliau melawat sebuah litar pelumbaan di Portugal.

“Saya tidak pernah terfikir Malaysia akan mempunyai sebuah litar perlumbaannya sendiri.

“Malah saya dapat melihat penerimaan rakyat amat baik, bukan sahaja untuk menonton perlumbaan F1, tetapi juga untuk menyertai perlumbaan itu sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, hasil wujudnya SIC Malaysia boleh melahirkan ramai bintang dalam sukan permotoran tidak hanya sebagai pelumba atau pun pemandu tetapi juga sebagai jurutera.

Ujarnya, wang dibelanjakan untuk membina SIC telah berjaya dimanfaatkan sebaiknya.

Perlumbaan F1 di SIC hanya mampu bertahan selama 18 tahun apabila penganjurannya ditamatkan pada 2017 disebabkan kos perbelanjaan yang sangat tinggi selain sambutan daripada penonton semakin berkurangan.

— BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.