Selepas Pan Borneo, Baru mahu ‘kredit’ MA63 pula?

0
79

Kalau masih tidak faham apa yang telah dicapai semasa Penurunan Kuasa bolehlah YB berkenaan berjumpa dengan saya pada bila-bila masa… Kalau tak jelas atau tak tahu jangan malu nak bertanya kerana apa yang nak di”malu”kan?

 

Oleh ANGELINA SINYANG

“KALAU tak jelas atau tak tahu jangan malu nak bertanya kerana apa yang nak di”malu”kan?

Demikian sindiran ‘berapi’ ditulis dan dimuat naik oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri dalam statusnya di laman sosial, Facebook semalam (14 Februari).

Berdasarkan pautan berita yang dikongsi beliau, nampaknya coretan berbaur sindiran itu ditujukan khas kepada seorang Menteri Pakatan Harapan (PH) dari Sarawak iaitu Menteri Kerja Raya, Baru Bian merangkap Pengerusi PKR Sarawak.

Nancy yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, memuat naik status tersebut kerana terkilan dengan kenyataan Baru yang disiarkan oleh media mendakwa pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo (Pan Borneo) dan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) daripada kerajaan Persekutuan adalah dimulakan oleh pemimpin PH Sarawak.

Sedangkan umum mengetahui bahawa usaha itu dirintis oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau Tok Nan.

Menerusi status tersebut, Nancy mengambil kesempatan ‘menyekolahkan’ Baru dengan fakta-fakta berkaitan MA63. Berikut adalah status coretan tersebut:

“Baru-baru ini saya bukan sahaja terbaca di Facebook malah turut mendengar desas desus ada pihak yang cuba merampas kredit untuk Projek Lebuh Raya Pan Borneo Teluk Melano ke Sematan, sekarang pulak perkara yang sama berlaku di mana ada pihak yang mendakwa mereka yang memulakan rundingan berkaitan MA 63.

“Makin hari makin menjadi-jadi.

“Untuk pengetahuan, rundingan telah pun bermula semasa zaman Allayarham Tok Nan dulu dan sudah berbuah hasil.

“Antara hasilnya ialah 13 point agreement atau 13 perkara yang dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dalam usaha penurunan kuasa pentadbiran kepada Sarawak.

“Dan 13 point agreement merupakan fasa pertama bagi rundingan berhubung tuntutan itu, yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Ramai rakyat Sarawak yang masih ingat, hari bersejarah pada 21 January 2016, Tok Nan telah mengumumkan kejayaan pertama berhubung tuntutan MA63 dalam satu sidang khas sekembali sahaja dari rundingan dengan bekas Perdana Menteri di Putrajaya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/01/21/swak-receives-administrative-empowerment-in-13-areas/

“Untuk maklumat, antara tuntutan fasa rundingan pertama itu ialah para Pegawai Undang-undang Sarawak diberi tauliah oleh Pendakwa Raya untuk membuat pendakwaan bagi kesalahan mengikut Ordinan Sarawak daripada peringkat pertuduhan hinggalah ke peringkat rayuan.

“Tidak perlu kita menyeru Warga Sarawak untuk memahami situasi mereka “dalam beberapa bulan dan tahun-tahun akan datang” seperti yang dikatakan oleh pihak tertentu kerana sememangnya kami telah pun dalam process mendapat hak kami sejak sebelum ini lagi.

“Proses rundingan fasa kedua menyentuh tentang hak Sarawak dalam Perlembagaan dan fasa ketiga, mengenai permohonan royalty minyak dan gas daripada 5% kepada 20%. Namun, malangnya sebelum memasuki phasa kedua, Allayarham Tok Nan telah meninggal dunia.

http://www.theborneopost.com/2016/02/07/third-phase-of-negotiation-on-devolution-of-power-may-include-oil-royalty-adenan/

“Walau bagaimanapun, di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari kita juga gigih meneruskan legasi Tok Nan.

“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 pada akhir bulan Mac, saya dan Datuk Seri Anifah Aman mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Penurunan Kuasa yang menekankan sekali lagi kerajaan negeri Sarawak sememangnya mempunyai kuasa untuk mengagihankan gas di bawah Ordinan Pengedaran Gas 2016. Perkara seterusnya dibawa ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi tujuan pelaksanaan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/03/30/sarawak-has-gas-distribution-authority-says-committee/

“Saya sangat hairan mengapa ada sesetengah pihak seperti tidak pernah mendengar berita ini. Hilang ke mana pada masa itu MP Miri, hingga warga Miri perlu mengadu masalah mereka kepada saya.

“Jadi kita tolong kongsilah fakta-fakta ini dengan mereka. Daripada merampas kredit, berilah pengiktirafan kepada Sarawak sebab hasilnya nanti pastinya akan dinikmati oleh semua rakyat Sarawak.

“Kalau masih tidak faham apa yang telah dicapai semasa Penurunan Kuasa bolehlah YB berkenaan berjumpa dengan saya pada bila-bila masa untuk berandau mengenai MA63 serta pencerahan berkaitan hak yang telah dikembalikan ke Sarawak.

“Kalau tak jelas atau tak tahu jangan malu nak bertanya kerana apa yang nak di”malu”kan?

YB Hajah Nancy Haji Shukri

Apa motif sebenar Baru apabila mahu mengambil ‘kredit’ daripada usaha dimulakan oleh Tok Nan atau mudahnya kerajaan BN dahulu?.

Adakah mahu menutup kelemahan kerajaan PH di Sarawak yang gagal membawa apa-apa pembangunan sejak mengambil alih pemerintahan dalam tempoh sembilan bulan ini?

Seperti diketahui, Baru bukan sahaja gagal mendapatkan projek baharu di bawah kementeriannya untuk Sarawak setakat ini, malah turut mengumumkan beberapa projek mega termasuk tiga jambatan yang melengkapkan jalan pesisir diluluskan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dahulu dibatalkan pembinaannya dengan alasan kekangan kewangan.

Tiga jambatan dibatalkan itu ialah Jambatan Batang Lupar, Jambatan Igan dan Jambatan Rambungan ditangguhkan akibat kekangan kewangan.

Biar pun Baru menyatakan projek itu ditangguh, tetapi hakikat sebenarnya projek pembinaan tiga jambatan penting itu dibatalkan.

Menyedari kepentingan jambatan itu sebagai perhubungan rakyat khususnya mereka yang tinggal di kawasan pesisir, akhirnya kerajaan Sarawak yang kini di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersetuju mengambil alih dan membiayai pembinaan tersebut.

Kegagalan PH meneruskan pembangunan infrastruktur untuk rakyat ini, sekali gus menjejaskan imej parti yang memerintah negara itu dan menjadi ‘racun’ membunuh sokongan rakyat kepada mereka menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak nanti.

PRN12 dijangka akan diadakan selewat-lewatnya pada 2021.

Sebelum tibanya tempoh tersebut, kedua-dua pihak sama ada GPS dan PH mempunyai peluang membaiki kelemahan dan menambat hati pengundi.

Jadi, ambillah peluang dalam tempoh dua tahun ini untuk menjadi ‘juara’ di hati rakyat Bumi Kenyalang. Kedua-dua pihak mempunyai peluang 50-50 untuk menang jika kena pada caranya menambat hati pengundi.

— BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here