Bila agaknya tandas di KL menyaingi tandas di Turki dan Jepun?

0
83

 

Oleh DATUK REJAL ARBEE

 

SAYA amat tertarik dengan rencana mengenai tandas yang ditulis oleh Zaini Hassan bertajuk Kisah Tandas Jepun, Jamban kita… (bebasnews 7 Februari 2019).

Apa yang saya khuatir ialah kenapa tandas di negara-negara Islam kebanyakannya amat meloyakan sekali.

Lihat sahaja di Mekah mahu pun pun di Madinah. Malah di Mesir juga; tetapi itu adalah keadaan sewaktu saya melawat ke sana. Harap-harapnya keadaan tandas di bandar-bandar itu kini sudah lebih baik.

Kita bukan hendak mengharap tandas di sana berada seperti di Turki.

Waktu saya di sana menaiki bas awam dari Capadosia ke Ankara saya telah singgah disalah sebuah pekan kecilnya dan memasuki tandasnya.

Alangkah terkejut saya melihat kebersihannya hingga saya memberitahu isteri saya bahawa kalau mereka letakkan meja dan kerusi dalam ruang  tandas itu kita boleh makan di situ.

Begitu sekali kebersihannya.

Tetapi, malangnya itulah sahaja satu-satunya negara Islam yang mempunyai tandas begitu bersih.

Misalnya di Mesir, malah di masjid Al Azhar saya rasa jijik apabila hendak mengambil wuduk. Tetapi, itu adalah kira-kira 30 tahun lalu. Harap harapnya keadaan kini sudah lebih baik.

Kalau di Jepun jangan cakaplah, kebersihannya tidak ada tolok bandingnya.

Saya amat tertarik sekali dengan keadaan kebersihan di negara itu.

Misalnya, di bandar Tsukuba City jalan-jalannya amat bersih sekali bukan sahaja tidak ada sampah sarap, malah habuk pun tak kelihatan.

Saya sengaja nak uji kebersihannya dan telah mengesan jari-jari saya pada landasan tingkap sebuah bangunan awam dekat dengan sebuah kedai makan biasa.

Saya terkejut apabila mendapati tidak ada langsung kesan habuk di situ. Begitu sekali bersihnya.

Bilakah agaknya kebersihan di tempat-tempat awam  di negara ini, khususnya di Kuala Lumpur boleh menyaingi tandas di Turki itu?

Kalau pun tidak seperti apa yang ditemui Zaini di Jepun itu?

 

— BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here