Apa dengan kepeningan PAS dan kredibiliti Mahathir di Semenyih?

Apa dengan kepeningan PAS dan kredibiliti Mahathir di Semenyih?

APA HAL dengan pelbagai kenyataan bercanggah susulan daripada pemakluman oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa PAS tidak akan membantu UMNO dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Semenyih nanti?

Ramai yang terkejut dan lebih ramai lagi yang pening apabila mendengar bahawa Presiden PAS Hadi Awang terang-terang menyatakan demikian dan siap telah menandatangani surat untuk berpegang kepada janji tersebut.

Antara yang menidakkan perkara itu termasuk Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian semalam.

Beliau sebaliknya berkata Pemuda PAS sedang mengatur strategi untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) menjelang PRK yang akan diadakan pada 2 Mac depan.

Selain berkata tidak mendapat sebarang arahan daripada Hadi supaya seluruh jentera PAS dan pimpinan memberhentikan kerjasama dengan UMNO, Ahmad Fadhli tidak mengulas lanjut tentang perkara itu dan meminta supaya dirujuk kepada Hadi untuk penjelasan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Yayasan Al-Bukhari, Kuala Lumpur. NSTP/Malaysia Kini

Hadi, bagaimana pun semalam mengelak daripada berdepan dengan media berhubung dakwaan tersebut sebaik sahaja menyampaikan ucapan penutup Ijtimak Siber di Kemaman.

Bagaimana pun, seperti biasa dalam PAS ramai yang keliru yang mana hujung dan yang mana pangkal kerana di satu sudut lain pula, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan semalam berkata PAS akan menggerakkan jentera untuk menyokong calon BN.

Bagi pihak UMNO, Ketua Penerangannya, Shamsul Anuar Nasarah, berkata sukar bagi parti itu mempercayai apa yang dinyatakan oleh Mahathir itu kerana beliau mendakwa pucuk pimpinan PAS masih turun ke Semenyih untuk memberi sokongan kepada calon UMNO.

Terdahulu, pagi tadi bekas Naib presiden PAS Mahfuz Omar tampil mempersoalkan percanggahan kenyataan dalam kalangan pemimpin PAS berhubung sama ada parti itu akan menyokong BN dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Semenyih.

Beliau bertanya apa muslihat Hadi berbuat demikian.

Sebagai ilustrasi pendirian bercanggah dan ‘kepeningan’ yang menjangkiti PAS sejak kebelakangan ini Mahfuz membangkitkan kembali persoalan berhubung isu rakaman audio Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bahawa Hadi telah merestui tindakannya supaya berbohong kerana katanya tak salah berbohong bagi menjaga kepentingan PAS.

Mahfuz bertanya sama ada kali ini sekali lagi kaedah pembohongan syarie digunakan oleh PAS demi kepentingan tertentu.

Sementara itu, logik yang dipegang oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam menolak kenyataan Mahathir ialah kononnya peluang BN cerah di Semenyih setelah melihat kepada apa yang disifatkannya sebagai sambutan ‘luar biasa’ terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di pasar raya Tesco Semenyih baru-baru ini.

Menyimpang sikit, berhubung kemeriahan sambutan terhadap Najib di pasar raya berkenaan, antara yang memberikan komen termasuk Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman yang berpendapat bahawa imej Najib sekarang tidak lebih daripada hiburan dan tidak mampu meraih undi.

Pagi tadi Tun Mahathir bertegas bahawa presiden PAS Abdul Hadi Awang memang benar memberitahunya parti itu tidak akan menyokong UMNO di Semenyih.

Beliau mengulangi kenyataan tersebut setelah pelbagai tuduhan dilemparkan dalam media sosial yang antaranya mendakwa beliau berbohong sekadar untuk mendapatkan sokongan bagi PRK Semenyih.

Menurut Malaysiakini, Mahathir berkata apa yang dikatakannya pada sidang media semalam adalah benar dan bahawa Hadi, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar akui mereka tidak akan sokong UMNO pada (PRK Semenyih) kali ini kerana yang lawan dengan UMNO kali ini bukan dari DAP.

Apa pun, semakin ramai yang melihat rasional sebalik kenyataan Hadi itu dan impaknya kini semakin menghimpit UMNO dan BN di Semenyih.

Juga, menambahkan lagi kekalutan, bekas Naib presiden PAS Mahfuz Omar hari ini mempersoalkan percanggahan kenyataan dalam kalangan pemimpin PAS berhubung sama ada parti itu akan menyokong BN.

Timbalan menteri sumber manusia itu mempersoalkan sama ada benar Hadi Awang memaklumkan Mahathir bahawa partinya tidak akan menyokong UMNO di Semenyih.

Sebagai ilustrasi, Mahfuz mengungkit pengakuan berhubung isu rakaman audio Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dinafikan oleh pemimpin PAS sejak tular pada Mac tahun lalu.

Dalam episod itu, Nik Abduh mengatakan presiden PAS telah merestui tindakannya berbohong kerana katanya tak salah berbohong kerana menjaga kepentingan PAS.

Oleh yang demikian, Mahfuz bertanya adakah ini sekali lagi kaedah pembohongan syarie dibuat oleh PAS demi kepentingan tertentu?

 

-BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.