[CUIT] Vadai, Rojak, Cendol tersohor SS15 dan alahai MPSJ…

0
131
(GAMBAR ATAS) “Haji, kasi cendol satu!”

Ada yang berdiri sambil suap ke mulut, ada yang duduk di bucu-bucu pembahagi jalan, ada yang duduk di dalam kereta bagi menikmati makanan pelbagai etnik Malaysiana itu.

 

TELAH berpuluh-puluh tahun saya berkunjung ke gerai tersohor rojak dan vadai di SS15 Subang Jaya, Selangor.

Ia sudah menjadi ikon Subang Jaya malah diketahui di seluruh Lembah Klang.

Saya tak pasti adakah MPSJ sedar atau tidak fenomena tabiat makanan warga kotanya itu.

Tak pasti saya sama ada “orang-orang besar” MPSJ, pada waktu tengah hari atau petang turut beratur panjang bersama-sama rakyat untuk menikmati rojak SS15 itu?

Ia sudah menjadi satu fenomena di situ. Sambil menikmati air kelapa ikat tepi, atau cendol sagat menyegarkan — rojak disuap ke mulut.

Ada yang berdiri sambil suap ke mulut, ada yang duduk di bucu-bucu pembahagi jalan, ada yang duduk di dalam kereta bagi menikmati makanan pelbagai etnik Malaysiana itu.

Selepas makan rojak dan minum air kelapa, ada yang beratur lagi tapau vadai goreng panas dengan cabai Melaka hidup; atau membeli pisang goreng kakak di gerai hujung — juga panas-panas.

Itulah suasana di gerai tersohor SS15 itu. Makanan di situ tak boleh dibawa ke restoran di depannya, yang siap dengan kerusi meja kemas. Mungkin kerana taraf gerai dan restoran Q itu tidak sesuai?

Walaupun yang makan di gerai itu pelbagai latar — ada yang datang dengan kereta-kereta mewah, profesional sehinggalah budak-budak sekolah — itulah pemandangannya sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Mereka masih lagi duduk di bucu-bucu pembahagi jalan, atas tunggul-tunggul, mencangkung, berdiri dan pelbagai lagi asalkan selesa.

Mungkin MPSJ tak nampak itu semua…?

Apalah kuno sangat pemandangan town planner mereka itu!

Alahai…

Inilah rojak tersohor SS15 Subang Jaya, sambil saya duduk di bucu pembahagi jalan.
Pemandangan hari Sabtu, tapi hari biasa beratur ini macam ular kena palu.
Inilah bucu jalan terkenal untuk duduk sambil makan di gerai SS15 sejak puluhan tahun lalu.
Setelah pekena rojak, ada yang beraksi menyuap cendol pula…
Air kelapa ikat tepi tak mau gula…!
Ane vadai kasi dua ringgit, taruh cili padi…
Vadai yang ditapau balik rumah.

— BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here