Tiba masanya kita tahu hakikat tentang Tabung Haji!

77
1053

Kalau bagi RM400 juta subsidi setiap tahun kepada jemaah, maknanya TH menggunakan wang keuntungannya. Pada masa sama, 9.3 juta pencarum mahukan dividen dan hibah kerana itu hak pelaburan mereka.

 

BERITA pelupusan subsidi haji kepada jemaah pengiring yang tersebar sejak 10.00 malam hari Jumaat 15 Februari, sebenarnya bukan satu kejutan bagi wartawan yang sudah mengikuti dilema kewangan yang dihadapi Tabung Haji (TH).

Pada Mac 2018, enam minggu sebelum PRU14, isu ini sudah diperkata. Dalam satu pertemuan tertutup antara barisan kepimpinan tertinggi TH dan media massa di Cyberjaya – isu ini sudah dikemukakan.

Cuma pada masa itu kenyataan mengenai kemelut ini adalah rahsia. Mengapa rahsia?

Jawapannya mudah.

Sebab enam minggu lagi akan pilihanraya. Mengumumkannya secara terbuka adalah satu bencana!

“Kami perlukan bantuan media massa untuk mendidik bakal jemaah supaya tidak lagi bergantung pada subsidi. Kosnya sudah mencecah RM400 juta. TH tidak mampu menanggungnya,” kata pegawai tinggi TH berkenaan dalam ucapannya.

Wajahnya kusut dan suaranya berat tanda menanggung beban. Sepuluh pegawai tertinggi TH dan 20 wakil media massa agensi penyiaran milik kerajaan, mendengar kenyataan itu dengan rasa terkedu.

“Media massa harus membantu TH untuk menyedarkan masyarakat bahawa dengan kos hanya RM9,980 ia beban pada TH. Kos sebenar RM22,900. Baki RM12,920 adalah beban yang tidak dapat diteruskan TH,” kata pegawai tinggi itu lagi.

Wakil media massa yang mendengarnya agak mengejutkan kerana ini suara hati serta pertama kali kedudukan sebenar kemampuan TH disebut kepada media massa. Apa lagi menjelang pilihanraya.

Jangan harap kerajaan memgumumkannya. Siapakah ahli politik BN yang berani mengucapkan realiti ini menjelang pilihanraya?

Pendedahan berani dan jujur hanya datang daripada pemimpin korporat. Kumpulan yang memikul bahu kewangan TH yang sudah hampir patah.

Sikap kerajaan waktu itu serta realiti kepimpinan politik menjelang pilihanraya menyebabkan keadaan tenat TH dirahsiakan.

Hakikat politik yang mahu kekal popular menjadikan isu realiti kewangan TH disembunyikan.

Enam minggu menjelang pilihan raya menyebabkan isu subsidi TH satu fakta yang ‘haram’ untuk didedahkan. Undi 9.3 juta pencarum TH sangat penting.

Jadi, pada awal Mac itu, masalah TH yang sudah tidak mampu memberikan subsidi kepada jemaah haji kekal menjadi rahsia.

“Kami akan melabur dalam media massa untuk menyedarkan pencarum dan masyarakat, subsidi kini satu beban kepada TH!”

Ucap pegawai kanan itu tanpa membenarkan kenyataannya disiarkan.

Jadi, sebenarnya – soal subsidi jemaah haji adalah isu bom jangka. Kerajaan BN sudah menyedari realiti ini.

Namun, kepentingan undi PRU 14 menjadikan maklumat mengenai bibit-bibit krisis dalam TH hanya dibiarkan berlegar di sesi tertutup itu sahaja.

TH pada Mac 2018, sudah pun membuka ruang atau ‘memohon bantuan kecemasan’ ala SOS kepada media massa. Malah, bukan mengenai isu subsidi pengiring, tetapi menjelaskan kepada 320,000 bakal jemaah yang akan menunaikan haji dalam tempoh sedekad terdekat.

Itu cerita lama.

Tetapi kebenarannya sudah dikongsi sejak enam minggu sebelum PRU14 lagi. Justeru, ia bukan isu kerajaan BN atau PH. Ia realiti bahawa TH sebagai agensi korporat sedang parah.

Jadi, apabila muncul isu melupuskan subsidi kepada pengiring jemaah yang hangat sejak dua hari lalu, serta meletup-letup pada Sabtu (16 Februari) – jangan dipolitikkan.

Ini isu korporat yang bersifat bom jangka.

Cuma ia tidak meletup pada sebelum pilihan raya. Bomnya meletup hari Jumaat lepas, tujuh bulan selepas PRU14.

Menurut sumber terkini pula, pada Sabtu 16 Februari, pencarum dan masyarakat belum tahu yang TH mengalami kerugian RM1 bilion! Walaupun banyak aset tepu milik TH sudah diletakkan dalam seliaan Bank Negara – TH tetap sedang tenat.

Isu subsidi pengiring jemaah haji hanyalah bongkah ais di permukaan laut. Beban TH yang lebih besar, ialah gunung ais yang tenggelam di bawah permukaan air.

“TH sedang disusun semula. Masih tenat dan RM400 juta setahun sebagai subsidi, akan menyeret kemelut kewangannya ke dasar laut. Akan tenggelam TH kalau isu subsidi diteruskan,” kata sumber.

“Mana mungkin TH menanggung kos subsidi dan pada masa sama bertanggungjawab pada kepentingan 9.3 juta pencarum yang mengharapkan dividen dan hibah!” Jelas sumber itu lagi.

Secara korporat, kata sumber itu: “Kalau bagi RM400 juta subsidi setiap tahun kepada jemaah, maknanya TH menggunakan wang keuntungannya. Pada masa sama, 9.3 juta pencarum mahukan dividen dan hibah kerana itu hak pelaburan mereka.

“Jadi hakikat sebenar, tahun ini sama, 32,000 jemaah telah mengambil RM400 juta keuntungan yang sebenarnya dividen milik pencarum,” kata sumber berkenaan.

Logiknya pula, menurut sumber itu, pengiring sepatutnya sedar dan berfikiran ehsan.

Mereka telah mendapat manfaat sebagai status pengiring dan memotong giliran jemaah haji yang lain. Ini bererti hak jemaah dalam senarai layak telah hilang.

“Pengiring didahulukan, Jadi, wajarkan menikmati 56% subsidi setelah mendahului giliran orang lain?

“Kalau pengiring pun nakkan subsidi, tidak adillah. Mereka ambil giliran dan mereka nikmati subsidi yang sepatutnya adalah dividen pencarum,” kata sumber.

Setiap tahun, terdapat antara 200 hingga 300 jemaah yang terlepas giliran kerana memberi laluan kepada pengiring.

Hari Sabtu, sekitar 5.00 petang, TH mengeluar kenyataan media sebagai langkah kawalan kerosakan. TH mengulangi jaminan kos haji tahun ini tetap disubsidikan.

TH menanggung subsidi RM12,920 untuk setiap jemaah. Jumlah keseluruhan jemaah tahun ini melebihi 32,000 orang.

Itu jawapan kawalan kerosakan kerana masyarakat sedang terperanjat. Namun, realitinya: Apakah masyarakat tahu betapa tenatnya TH.

Isu kemelut TH satu realiti bisnes korporat. Tiada kaitan politik kononnya, ini polisi Kerajaan PH yang sengaja mengabaikan jemaah haji.

Isu sebenar, ialah realiti kedudukan keadaan kewangan TH yang sedang tenat.

TH sedang disusun semula. Namun, mustahil dalam enam bulan keadaan ‘kesihatan kewangan dan pentadbiran dapat dipulihkan segara’.

Kes TH bukan panyakit yang baru melanda pada 10 Mei selepas PH menang. Isunya beban subsidi yang makin tinggi setiap tahun dan TH tidak lagi mampu membiayainya.

Apa pun jawapan popular yang dikeluarkan TH semalam, ia hanya satu kenyataan media bagi mengawal kerosakan kerana respons panik dan kemarahan awam.

Sedangkan logiknya, TH pada bila-bila masa saja akan mengumumkan subsidi RM400 juta setahun adalah beban. Malah, wajar dilupuskan.

Sama ada 32,000 jemaah masih diberikan subsidi RM12,920 per jemaah atau dikurangkan secara berperingkat-peringkat, ia tetap berita yang akan satu hari diumumkan.

TH kini bukan lagi agensi korporat yang sihat.

TH sedang disusun semula kerana suasana kewangannya memerlukan penstrukturan yang realistik secara bisnes. Bukan ditunggang untuk populariti politik.

Tidak mudah untuk TH berterus-terang keranan akibatnya pasti fenomenal.

Risiko kejujuran untuk mengakui TH bermasalah, akan menyebabkan 90% pencarum akan kecewa.

Malah, akan bertindak membuat pengeluaran simpanan secara mendadak dan beralih ke institusi pelaburan lain.

Ini risiko yang mampu mencetuskan teori domino.

Walaupun terdapat 9.3 juta pendeposit TH, harus difahami, hanya 10% sahaja pendeposit yang menyimpan untuk tujuan menunaikan haji. Manakala, 90% pendeposit adalah pelabur komersial. Itu sebab TH dalam dilema.

Era TH sebagai institusi yang hebat dan lubuk dividen kita berubah. Pada masa yang sama, pengurusan TH harus bijak mengendalikan suasana.

Selain isu subsidi, dalam masa terdekat akan ada lagi satu kejutan. Pendeposit sedang menanti pengumuman dividen.

Bekas pengarang ekonomi yang sempat dua penggal berkhidmat sebagai exco negeri sempat bergurau, tapi nadanya serius.

“Tahun ini realistiknya TH kena umum dividen bawah 1% dan tiada hibah,” katanya.

Bayangkan, kalau kenyataan bekas pengarang ekonomi dan ecxo negeri ini satu berita benar, apa respons pendeposit?

Tapi itulah hakikatnya. Hentikan sikap mengkritik dan mencela TH tanpa melihat realiti. Sekiranya isu pelupusan subsidi kepada 300 pengiring jemaah haji pun membuatkan masyarakat emosional, apa lagi untuk menerima berita dividen di bawah 1% dan tiada hibah.

Hentikan serangan melulu. Fahami dan terima hakikat bahawa TH kini sedang tenat. Namun, bukan tumbang. TH sedang disusun semula menjadi lebih dinamik dan kekal releven.

Kepada TH pula, hadapi rakyat dengan berani. Dedahkan semua. Biar rakyat faham hakikat sebenar. Ia memang pahit, tetapi sebagai agensi berteraskan agama, umat Islam harus relevan dan berjiwa besar untuk terus menyokong kebangkitan TH.

Malah, inilah masa kita berada bersama TH demi masa depannya!

— BebasNews

Please follow and like us:
error

77 COMMENTS

  1. Sangat setuju. TH sedang tenat dan jika kita sayang kan institusi Islam yg telah banyak berbakti kepada jemaah haji negara, cukup2 lah mengkritik. biar kita sakit sekarang agar TH tidak terus tumbang. cukup2lah dgn mentaliti mengharap subsidi tu. kalau dah memang betul2 nak pergi haji, kumpul wang sendiri jgn nak harap subsidi. kalau beli kereta berderet boleh, takkan nak pergi haji kena guna subsidi? berubah lah umat islam malaysia!!!

    • Berapa ramai org melayu kereta berderet…memang ada org berderet kereta bg sebahagian org. Ni kan org kampung kais pagi makan pagi kais petang mkn petang . Mampu tgk kereta berderet cina dap adala

  2. Masalah sebenar perlu dicari. Root cause kepada under performance anak2 syarikat TH. Kepincangan & corporate governance yg terlalu lemah ditambah pengurusan bermotifkan politik amatlah tidak dibolehkan sama sekali.

    Terlalu ramai CEO anak syarikat yg tidak peduli dengan corporate governance Dan mengejar gaji sendiri dari membuat keuntungan kepada pelabur.

    TH perlukan orang seperti TS Wahid Omar yg boleh turn over Maybank sehingga menjadi giant.

    • setuju sangat tentang kritikan membina ni sebab sebagai satu organisasi yg menjaga kepentingan penyimpan yg hendak pergi haji Th patut melabur dan mengurus dgn baik duit penyimpan .

  3. TH perlu berani mendedahkan kerosakan yg telah dilakukan oleh pentadbiran Najib supaya masyarakat dapat menilai salah laku yg dibuat dan bersedia untuk memulihkan TH..

  4. TH perlu berani mendedahkan kerosakan yg telah dilakukan oleh pentadbiran Najib supaya masyarakat dapat menilai salah laku yg dibuat dan bersedia untuk memulihkan TH..

  5. TH sedang tenat?

    1.Adakah disebabkan pelaburan yang salah?
    2. Adakah kerajaan terdahulu menyalahgunakan duit TH?
    3. Adakah keadaan ekonomi dunia yang menyebabkan kemerosotan prestasi keuntungan TH?

    Rakyat dan juga pencarum berhak tahu. Letak tepi perbalahan politik, hentikan salah menyalah. Ceritakan yg sebenarnya. Biar kami tahu.

  6. Biarkan lah Pengurusan TH yg baru menjalankan tugas menyusun semula TH agar menjadi teras pelaburan yg menguntung dan releven bagi umat islam.Tiada guna kita menyalahkan sesiapa pun, yg penting TH dapat membantu jemaah haji yg mana ada lah teras utama penubuhan TH.moga Allah SWT permudahkan pihak pengurusan tertinggi TH menjalankan amanah buat umat islam Malaysia.

  7. Tabung Haji bukan satu institusi seperti kompeni di Bursa yang hanya lahir untuk mengaut keuntungan. TH ditubuhkan semata-mata untuk menolong jemaah melakukan ibadat haji. Segala keuntungan seharusnya disalurkan kearah ini. Sesiapa yang melabur kedalam Tabung Haji mestilah memahami hakikat ini. Jadi tidak salahlah keuntungan TH digunakan untuk matlamat meringankan bebanan jemaah. Hanya mereka yang mempunyai niat keuntungan dan niat-niat yang tersembunyi mahu melihat TH sebagai sebuah institusi mengaut keuntungan.

    • betul..itu asas kewujudan.. yg ungku aziz dan pemikir islam dulu fikir…sapa yg urgue pasal subsidi adalah teknik yg berjaya oleh dakyah kafir supaya tabung haji di jadikan pusat keuntungan dan di buka kepada kafir utk melabur dengan alasan utk menyelamatkan TH..

  8. Saya bersyukur atas bantuan sibsidi yg diberi oleh TH kepada jemaah Haji setiap tahun. Pada saya tiada sumbangan yg besar dapat kita berikan kpd saudara kita untuk pergi menunaikan rukun kelima. Pengurangan dividen atau hibah kerana pembiayaan jemaah pergi haji hendak dilihat sebagai pelaboran umat Islam dinegara ini. Insh Allah akan berkati simpanan kita. Tetapi jika beban ini disebabkan salah guna kuasa atau tipu, rompakkan maka wajar didedahkan dan ambil tindakan. Allah berjanji akan tambah sedekah atau kebaikan kita dgn gandaan yg tidak terkira oleh kita redha apa yg baik untuk bantu umat Islam . Saya juga adalah pendeposit yg mengharapkan simpanan saya bawa barkah dan akan terus bersama TH selama lamanya.

  9. Memanglah kalau duit kita yg disimpan dan dilaburkan utk mendptkan keuntunguan bertambah setiap tahun.Kita boleh gunakan duit simpanan kita pergi Haji tanpa subsidi. Tetapi kalau rugi macam mana. ?
    Kita pun memang tidak suka pihak Kerajaan PH masuk campur. Duit kita pendeposit hak kita. Kalau dgn simpanan dan pelaburaan yg mendatangkan keuntunguan kita pun lebih suka urus sendiri kita punya harta,kita pun tak ingin subsidi drp kerajaan.
    Semuga Kerajaaan yg hanya mahu memberikan khidmat kpd rakyat dgn niat membantu para bakal Jemaah haji yg kamu perlukan. Tetapi kalau kerajaan yg tidak mahu bertanggung jawab menjaga kepentingan dan kebajikan org Islam,ada lebih baik kami menjauhkan diri dan membuat hubungan dgn pihak yg mahu dan mengambil berat tentang kebajikan kami sebagai rakyat beragama Islam yg menghargai pengorbanan yg tlh diberikan kpd kami.

  10. Menteri bertanggungjawab tidak sepatutnya menggunakan TH untuk tujuan populariti terutama menjelang pilihanraya. Tanggungjawab ke atas kewujudan dan kesinambungan TH adalah keutamaan negara. Rakyat akan faham jika kedudukan sebenar kewangan haji dijelaskan.

    TH telah melaksanakan tanggungjawabnya membuat persediaan untuk bakal haji jika berlaku kenaikan kos haji. Selain pemberian hibbah di antara 4.5% hingga 6.5%, mulai tahun 2012 TH telah memperkenalkan hibbah haji di antara 1.5% hingga 3% kepada pendeposit yg belum menunaikan haji. Ini bermakna jika bakal haji telah mempunyai deposit RM10,000 semasa pendaftaran haji, deposit terkumpul setelah mengambilkira hibah dan hibah haji boleh menampung sebarang kenaikan kos wang naik haji dan telah dizakatkan pun. Itu sebenarnya objektif penubuhan TH. TH telah melaksanakan tanggungjawabnya, hanya menteri yang boleh merealisasikannya.

    Jika TH dipaksa meneruskan subsidi melebihi dari 56% kos haji, mungkin akan berlaku lagi senario memanipulasi penyata kewangan bagi membolehkan TH memberikan subsidi dan hibah dan pegawainya akan dipertangunggungjawabkan.

    Rakyat akan terima jika kos haji dinaikan secara beransur ansur setiap tahun, bukan dengan menaikkan kos sekali gus. Sudah tentu rakyat akan marah jika dinaikan sekali gus. Saya percaya TH telah berusaha tetapi kebijaksanaan menteri yang akan menentukan segala-galanya buat masa ini.

    Bolehkah TH bersuara dalam hal ini.. wallahuaa’lam.

  11. Tapi org tetap nampak ini semua agenda DAP dan yahudi. Sebab dah dimomokkan benda ni sejak menteri kewangan dr kalangan non muslim. Bila benda ni dah diset dlm minda, buat la kebaikan apa pun, tetap akan nampak buruk. Itulah satu kejayaan bg puak pelampau racist

  12. TH adalah satu2nya institusi org melayu islam menyimpan d MELABUR tanpa was-was terutamanya para pesara yg mndpt sedikit faedah prsaraan…lebih2 lagi mereka yg jahil d takut mnanggung risiko berniaga ….mereka mngharapkan sedikit dividen d hibah.

    Kos mnunaikan haji rm9980 ni sejak tahun berapa lagi? Rasanya dah lama benar… rasanya 1990an lagi….

    Bukan mnentang sabsidi …. krn dpt pahala juga …. tp biarlah rasional d fikirkan juga nasib d harapan pndeposit lain …. maaf skadar pndangan peribadi

  13. TH tlh keluar dr landasan sebenar dgn 90% dr pencarum koperat. Mengayakan org yg tlh kaya. Tujuan sebenar tabung haji bantu jemaah tunai haji bukan bagi dividen. Kalau ada okla. Pencarum 10% tu yg penting. Terdiri dr org tidak berkemampuan besar. Jgan tak bagi langsung subsidi. Bagi skit dan dividen skit. Semua first timer bg subsidi. Mereka mesti pencsrum melebihi certain years.

  14. Tujuan tabung haji ditubuh utk apa, semua kena faham, Salah satu utk membantu memudah umat Islam Malaysia mengerjakan haji. Adalah menjadi tugas tabung haji utk menyediakan Dana tersebut.

    • Ye btl tu utk bntu soal mengerjakan haji tp jumlah subsidi sepatutnya relevan mgikut tahun…rsanya subsidi skng kekal sjk zman 90an lg…soal kuota n subsidi juga spttnya hak pncarum yg sampai giliran dn bukan hak pengiring spttnya.

  15. Kos tinggi sebab tempoh 40 hari, sedangkan dua minggu dah cukup untuk buat rukun dan wajib haji. Madinah boleh pergi masa umrah.

  16. Betullah, munkin tenat. Tetapi knp terlalu drastik. Klu betul knp semasa TH melabur dlm TRX dianggap satu perlaburan yg merugikan. Skrg TRX dianggap mengantungkan. Knp TH tidak mempertahankan TRX?

  17. Perlu diingat bahawasanya para penyimpan diTabongHj bkn semua korporat yg kayaraya. Tak sampaihati saya nak komen lg bilamana memahami hakikat…

    • Tujuan utama saya simpan di th kerana syariah compliant. Zakat dibayar terus. Tujuan th juga murni utk ibadah haji. Jadi saya tidak kisah dan setuju jika keuntungan diberikan kepada yg menunaikan ibadah haji. Isunya koporat. Motif keuntungan dan penjelasan yg perlu diberikan jepada sharehilders koporat tsbt.

      Juga, eloklah fokus pada tujuan asal th. Jadikannya bebas politik.

  18. zids:
    Isu ni memang dh lama.. Cuma tanggungjawab Kerajaan utk memstikan kepentingan tabung Haji serta. Semua aktiviti berkaitan urusan haji. Di ambil berat.. Mcm satu benda yg wajib utk Kerajaan pertahankan dn perkukuhkan….

    Isunya skang adalah..ekonomi dn Kewangan negara yg semakin susut… Sumber Dana yg makin terhad..mungkin sebab asas penjanaan ekonomi. Yg lemah…

    Aku tk setuju bila.. PH ambil semua nk. Potong dn banyak benda dh makin kurang….. Kalau sblm ni… Benda ni tk timbul…

  19. Umat Islam perlu membntu menaikkn semula TH.Kebykn merayu bkn sbg pengiring tetapi nk cpt menunaikn Hj.mmg sepatutnya x dpt subsidi krn telah memotong barisan dn mengambil hak orglain.TH perlu meneliti semula setiap rayuan spy berlaku adil kepada semua.

    • That’s why TH hanya perlu consider perayu pengiring dan mahram shj dan bagi subsidi penuh. Pada siapa yg merayu dgn tujuan mempercepatkan giliran. tahun pemergian jgn diberi pertimbangan.

  20. Tabung Haji memerlukan pakar pakar yang berwibawa dalam bidang pelaburan, kewangan, perakaunan dan pakar pakar lain, juga jangan libatkan ahli politik sebagai pengarah dan lain lain.
    Ambil contoh dari Petronas.

  21. Duit yg TH pegang dilaburkan dlm bursa saham Malaysia, beberapa bulan selepas PRU index saham jatuh, ditambah merudumnya saham global dunia, TH turut terkesan juga xdpt profit, terpaksa jual sahamnya, KWSP pun sama, harap awal tahun ni index saham Malaysia terus naik, dan TH dapat profit pada saham sykt2 yang dibelinya spt Ranhill,BIMB,White Horse,Malakof,MRCB,TRC,WCT dan banyak lagi.

  22. Ni semua KENCING HANCING. Buat cerita sedih nak halalkan apa yang dibuat. Sebenarnya kelemahan kerajaan melemahkan pelaburan TH.

  23. Zaman sekarang, cerita2 mcm ni perlukam kenyataan sumber primer. Figure data yang tepat dari sumber yang absah.

    Main petik si fulan si anu bla2..
    Ia tidak lebih sekadar cerita rekaan bersulam fitnah dan persepsi.

    Penstrukturan semula TH dan anak2 syarikatnya pun hangat diperdebat sesama ahli ekonomi.. inikan cerita2 tanpa sumber yg sah..

    Jika betul..aku cakap wartawan yang hadir ketika swsi taklimat tersebut mgkn bodoh. Peluang nk boost news terhidang depan mata.

    Setenat2 TH apa sudah jadi dengan Laporan Audit Negara…tak jumpa langsung mslh?

  24. TH bangkit laa dedah kan kepincangan ..jangan malu dan jangan segan…cukup laa 60 tahun jadi mangsa..MALU APA TabungHajiKU

  25. Batalkan subsidi haji. Keuntungan hak pendeposit. Bukan tanggung jawab TH memberi subsidi haji. Bakal jemaah haji kena terima realiti dan jangan mengharapkan subsidi. Pentadbiran TH dan pembuat polisi/keputusan perlu tegas dlm menfhapuskan subsidi haji. Terima kasih

  26. singkatkan waktu di tanah suci…boleh jimatkan kos..mungkin dari 40 hari ke cuma 14 hari…

  27. Tabung haji boleh bagi subsidi tapi jgn nilai terlalu banyak apa salahnya kalau dlm 25 % – 30% dari kos sebenar bagi mengerjakan haji. Lagi pon pendeposit jarang menuntut keuntungan yg dilaburkan. Kita membantu umat islam menunaikan rukun islam ke 5 berapa barakah yg kita dapat terutama pd insan yg kurang berkemampuan insyaallah

  28. Puncanys ialah pengurusan dan pentadbiran kewangan yang tidak cekap ditambah lagi dengan minat rakus mencari keuntungan peribadi keatas pelaburan dari wang TH

  29. Kita kena terima Realiti
    Kalau 90% is lah pendeposit yg merupakan pelabur syariah maka element subsidi kena lah desemak kembali.
    Yg menjadi penggerak Dana Dan Ahli lembaga hendak lah mereka yg berkelayakan Dan mampu utk menjana keuntungan kpd pendeposit.Elok lah subsidi ini dambil dari keuntungan Dan diputuskan sebnyk berapa peratus utk dberi subsidi kpd Bakal jemaah.Subsidi semasa Akan bergantung atas keuntungan yg dbuat oleh TH
    Kelayakan menerima subsidi hendaklah juga
    dsemak kembali kpd mereka yg layak continua mereka yg pertama kali mengerjakan Haji sahaja Dan juga lama mana mereka telah menjadi pendeposit.

  30. patutlah pegawai bank negara pernah bagi ceramah bahawa jika beliau ada simpanan lebih beliau tidak akan simpan dalam TH. Bila ditanya beliau enggang menjawabnya.
    Ttg subsidi dari keuntungan pencarum, adakah halal digunakan untuk subsidi haji tanpa meminta kebenaran pencarumnya. seolah olah mengsmbil duit org lain dan berikan kepada org lain yg tak layak lagi pun pergi haji kerana tidak cukup wangnya seperti yg disyaratkan dalam Islam.

  31. Saya cadangkan orang yang menyalahgunakan kuasa dalam urustadbir TH dulu & akan datang, diambil hartanya & dituntut membuat gantirugi atas kecurangan & salah guna kuasa yang dilakukan dalam TH. Perasuah & penerima rasuah mesti diambil hartanye untuk membuat bayaran gantirugi. Apepun, siasatan harus dilakukan dahulu secara adil & professional. Mohon cadangan dipertimbangkan & dapat sokongan semua.

  32. Semenjak tertubuh nya TH, tidak pernah timbul masaalah TH tenat, hanya setelah di urus olih MOF di bawah kerajaan PH …..

  33. Saya rasa TH tidak pernah di adu tenat sejak di tubuhkan……dividen tiap2 tahun tidak pernah miss……duit deposit saya tidak pernah kurang walau satu sen pun sejak berpuluh tahun jadi pendeposit….

    Tiba2 bila di bawah kerajaan PH, mcm2 cerita timbul…..saya rasa ini satu agenda jahat utk meruntuhkan kredibiliti pengurusan TH yg lalu…sekali gus utk meruntuhkan sebuah institusi Islam terulung di Malaysia….lagi pun kita semua sudah maklum,kerajaan PH sedang mengalami sindrome penyakit tenat ” menyalahkan BN” utk cover kelemahan sendiri.
    Jika benar pengurusan TH yg lalu menyeleweng menyebabkan TH rugi, mengapa sudah 9 bulan PH memerintah tiada seorang pun pengurusan ,khususnya pengerusi TH Abdul Azeez di bicarakan di mahkamah dan di penjarakan?

  34. Subsidi d guna wang siapa soalnya.. Kalau hasil negara boleh tahan,, tapi kalau guna duit pendeposit ramai,, yg tu ada masalah skit,,,

  35. SIAPA BODOH?

    Semalam ada beberapa pemimpin kanan Pakatan Harapan termasuk ahli parlimen mereka berkongsi satu laporan portal kononnya kedudukan kewangan TH adalah terlalu tenat. Disamping terpaksa membelanjakan RM400 juta bagi subsidi haji, TH juga terpaksa memberi hibah kepada pendeposit. Maka orang Islam sepatutnya memahami dan tidak perlu mengharapkan subsidi haji kerana ia sudah menjadi beban kepada TH [1]

    Pertama sekali, saya nak pesan kepada pemimpin PH supaya jangan guna taktik BN zaman 90an yang suka hina orang Melayu sebagai bangsa subsidi. Kalau kami bangsa Melayu ini tak nak diberi naik haji kerana tidak berkemampuan (istito’ah), maka kenapa kamu sebagai kerajaan masih lagi nak kami bangsa Melayu bayar cukai pendapatan, cukai SST, cukai soda, cukai perniagaan dan lain lain kalau kamu dah tahu kami ni ‘tak berkemampuan’?. Tang cekau duit rakyat ni tak nak kira pula faktor istito’ah.

    Kedua, subsidi haji ni jumlahnya RM400juta setahun. Termasuk subsidi kepada pengiring dan perayu. Sedar atau tidak apabila berlakunya pindahmilik saham2 yang memberi dividen tinggi kepada SPV dan diganti dengan RCPS-i yang tiada dividen, ia sebenarnya telah menghilangkan pendapatan tetap TH setiap tahun?

    Contohnya, TH telah memindahmilik 500juta saham Malakoff bernilai sekitar RM430 juta. Malakoff ini konsisten bagi dividen +-7% setahun. Maknanya tahun ini sahaja, Malakoff dijangka mampu memberi pendapatan tambahan RM30 juta kepada TH. Cukup untuk bagi subsidi kepada 2,400 jemaah haji.

    Tapi sebab SPV ganti saham tersebut dalam bentuk RCPS-i, TH dah tak boleh terima dividen puluhan juta ini.

    Ini baru Malakoff. Bagaimana dengan saham saham lain yang mempunyai dividen tinggi seperti Naim Holdings, Pintaras Jaya, Eastern Oriental, Hap Seng Plantations, IJM Corp, Icon Offshore dan UEM Sunrise yang selama ini berjaya memberi hasil memuaskan kepada TH? Sekarang dividen tu dah tak ada.

    Ketiga, tahukah anda sejak PH mengambil alih kerajaan, 20 syarikat utama yang mana Tabung Haji mempunyai pegangan saham signifikan telah kehilangan nilai sebanyak RM2.74 bilion. Nilai ini boleh menampung subsidi haji selama 7 tahun.

    Jadi kenapa nak salahkan rakyat? Kenapa nak guna istilah agama untuk hina akal budi rakyat? Mana tanggungjawab kerajaan dalam membantu dan memudahcara ibadat rakyat?

    Sedangkan masalah yang berlaku adalah kerana kalian gagal mengurus ekonomi dan kalian gagal mengurus kewangan Tabung Haji.

    Saya akhiri status ini dengan ucapan berhikmah seorang pemimpin negara yang pernah menjadi idola saya 21 tahun dahulu:

    “Siapa bodohhhhhh??”

    —–
    Abdul Rahim Hilmi Zakariya
    Gong Pasir, Dungun Terengganu

    Rujukan:

    [1] http://bebasnews.my/2019/02/17/tiba-masanya-kita-tahu-hakikat-sebenar-tabung-haji/

  36. Tak habis habis dengan kencing kau tu… Nak komen dengan ayat membina tak tahu.. Itu saja kau pandai komen..

  37. Tak perlu nak merepek sangat bab TH. Betul ka hanya 10% orang simpan dalam TH yang nak buat haji… Betul ka 90% lagi simpan sebagai mengaut keuntungan… Tak pernah pun kami yang simpan duit kat TH dapat surat untuk buat survey kenapa kami simpan kat TH… Saya pasti majoriti yang simpan sebenarnya nak buat haji… Tujuan asal TH ditubuhkan pun adalah untuk menguruskan haji… Bukan mengaut keuntungan… Kami tak kisah la berapa hibah yang nak diberi… Kami cuma kisah bila kami nak dapat tunaikan haji…. Bayangkan kalau register pada umur 20, umur 80 baru layak buat haji…. Tak dak faedahnya TH diwujudkan kalau tak memberi peluang kepada yang pertama kali untuk menunaikan haji pada usia yang muda…. Kalau nak tunggu kami mati baru dapat turn untuk tunaikan Haji, baik sedekah ja duit tu kat fakir miskin…

  38. DULU TANAH TRX TABUNG HAJI BELI DIKATAKAN NAK BAIL 1 MDB DAN MACAM MACAM CEMUHAN TABUNG HAJI TERIMA . KALAU SEKARANG TANAH TRX TABUNG HAJI ITU DIIJUAL SEMULA KEPADA PELABUR LUAR NEGARA YANG MENGILA BERMINAT NAK MEMILIKINYA ,TENTU BERBILLION TABUNG HAJI DAPAT KEUNTUNGAN BAGI TABUNG HAJI KHASNYA DAN PENDEPOSIT AMNYA. KENAPALAH DIGANGU GUGAT URUSAN TABUNG HAJI DULUNYA !!!!

  39. Ini semua Bohong. Kalau percaya juga tak taulah. Kawan akauntan utk TH. Selepas saya tunjukkan artikel ini dia gelak sahaja dan mengatakan bodoh sesiapa ug percaya artikel ini…. Hehehehe… Mmg Melayu nie mudah diperbodohkan.

  40. Pada pendapat sy awal2 lagi TH dah buat silap dgn memberi subsidi..sepatutnya pemegang akaun TH hanya diberikan dividen + bonus sahaja mengikut deposit yg mereka ada..itu dah memadai sbb untung atas perniagaan TH..jadi TH xde la menanggung kerugian sorang2..lagi pun yg tak cukup duit tu mmg tak layak utk tunaikan haji lagi..rukun yg ke 5 ni wajib berdasarkan KEMAMPUAN..dah mampu baru pergi bukan dgn mengharap subsidi daripada TH..

  41. […] http://bebasnews.my/2019/02/17/tiba-masanya-kita-tahu-hakikat-sebenar-tabung-haji/ *Tiba masanya kita tahu hakikat sebenar Tabung Haji!* BERITA pelupusan subsidi haji kepada jemaah pengiring yang tersebar sejak 10.00 malam hari Jumaat 15 Februari, sebenarnya bukan satu kejutan bagi wartawan yang sudah mengikuti dilema kewangan yang dihadapi Tabung Haji (TH). Pada Mac 2018, enam minggu sebelum PRU14, isu ini sudah diperkata. Dalam satu pertemuan tertutup antara barisan kepimpinan tertinggi TH dan media massa di Cyberjaya – isu ini sudah dikemukakan. Cuma pada masa itu kenyataan mengenai kemelut ini adalah rahsia. Mengapa rahsia? Jawapannya mudah. Sebab enam minggu lagi akan pilihanraya. Mengumumkannya secara terbuka adalah satu bencana! “Kami perlukan bantuan media massa untuk mendidik bakal jemaah supaya tidak lagi bergantung pada subsidi. Kosnya sudah mencecah RM400 juta. TH tidak mampu menanggungnya,” kata pegawai tinggi TH berkenaan dalam ucapannya. Wajahnya kusut dan suaranya berat tanda menanggung beban. Sepuluh pegawai tertinggi TH dan 20 wakil media massa agensi penyiaran milik kerajaan, mendengar kenyataan itu dengan rasa terkedu. “Media massa harus membantu TH untuk menyedarkan masyarakat bahawa dengan kos hanya RM9,980 ia beban pada TH. Kos sebenar RM22,900. Baki RM12,920 adalah beban yang tidak dapat diteruskan TH,” kata pegawai tinggi itu lagi. Wakil media massa yang mendengarnya agak mengejutkan kerana ini suara hati serta pertama kali kedudukan sebenar kemampuan TH disebut kepada media massa. Apa lagi menjelang pilihanraya. Jangan harap kerajaan memgumumkannya. Siapakah ahli politik BN yang berani mengucapkan realiti ini menjelang pilihanraya? Pendedahan berani dan jujur hanya datang daripada pemimpin korporat. Kumpulan yang memikul bahu kewangan TH yang sudah hampir patah. Sikap kerajaan waktu itu serta realiti kepimpinan politik menjelang pilihanraya menyebabkan keadaan tenat TH dirahsiakan. Hakikat politik yang mahu kekal popular menjadikan isu realiti kewangan TH disembunyikan. Enam minggu menjelang pilihan raya menyebabkan isu subsidi TH satu fakta yang ‘haram’ untuk didedahkan. Undi 9.3 juta pencarum TH sangat penting. Jadi, pada awal Mac itu, masalah TH yang sudah tidak mampu memberikan subsidi kepada jemaah haji kekal menjadi rahsia. “Kami akan melabur dalam media massa untuk menyedarkan pencarum dan masyarakat, subsidi kini satu beban kepada TH!” Ucap pegawai kanan itu tanpa membenarkan kenyataannya disiarkan. Jadi, sebenarnya – soal subsidi jemaah haji adalah isu bom jangka. Kerajaan BN sudah menyedari realiti ini. Namun, kepentingan undi PRU 14 menjadikan maklumat mengenai bibit-bibit krisis dalam TH hanya dibiarkan berlegar di sesi tertutup itu sahaja. TH pada Mac 2018, sudah pun membuka ruang atau ‘memohon bantuan kecemasan’ ala SOS kepada media massa. Malah, bukan mengenai isu subsidi pengiring, tetapi menjelaskan kepada 320,000 bakal jemaah yang akan menunaikan haji dalam tempoh sedekad terdekat. Itu cerita lama. Tetapi kebenarannya sudah dikongsi sejak enam minggu sebelum PRU14 lagi. Justeru, ia bukan isu kerajaan BN atau PH. Ia realiti bahawa TH sebagai agensi korporat sedang parah. Jadi, apabila muncul isu melupuskan subsidi kepada pengiring jemaah yang hangat sejak dua hari lalu, serta meletup-letup pada Sabtu (16 Februari) – jangan dipolitikkan. Ini isu korporat yang bersifat bom jangka. Cuma ia tidak meletup pada sebelum pilihan raya. Bomnya meletup hari Jumaat lepas, tujuh bulan selepas PRU14. Menurut sumber terkini pula, pada Sabtu 16 Februari, pencarum dan masyarakat belum tahu yang TH mengalami kerugian RM1 bilion! Walaupun banyak aset tepu milik TH sudah diletakkan dalam seliaan Bank Negara – TH tetap sedang tenat. Isu subsidi pengiring jemaah haji hanyalah bongkah ais di permukaan laut. Beban TH yang lebih besar, ialah gunung ais yang tenggelam di bawah permukaan air. “TH sedang disusun semula. Masih tenat dan RM400 juta setahun sebagai subsidi, akan menyeret kemelut kewangannya ke dasar laut. Akan tenggelam TH kalau isu subsidi diteruskan,” kata sumber. “Mana mungkin TH menanggung kos subsidi dan pada masa sama bertanggungjawab pada kepentingan 9.3 juta pencarum yang mengharapkan dividen dan hibah!” Jelas sumber itu lagi. Secara korporat, kata sumber itu: “Kalau bagi RM400 juta subsidi setiap tahun kepada jemaah, maknanya TH menggunakan wang keuntungannya. Pada masa sama, 9.3 juta pencarum mahukan dividen dan hibah kerana itu hak pelaburan mereka. “Jadi hakikat sebenar, tahun ini sama, 32,000 jemaah telah mengambil RM400 juta keuntungan yang sebenarnya dividen milik pencarum,” kata sumber berkenaan. Logiknya pula, menurut sumber itu, pengiring sepatutnya sedar dan berfikiran ehsan. Mereka telah mendapat manfaat sebagai status pengiring dan memotong giliran jemaah haji yang lain. Ini bererti hak jemaah dalam senarai layak telah hilang. “Pengiring didahulukan, Jadi, wajarkan menikmati 56% subsidi setelah mendahului giliran orang lain? “Kalau pengiring pun nakkan subsidi, tidak adillah. Mereka ambil giliran dan mereka nikmati subsidi yang sepatutnya adalah dividen pencarum,” kata sumber. Setiap tahun, terdapat antara 200 hingga 300 jemaah yang terlepas giliran kerana memberi laluan kepada pengiring. Hari Sabtu, sekitar 5.00 petang, TH mengeluar kenyataan media sebagai langkah kawalan kerosakan. TH mengulangi jaminan kos haji tahun ini tetap disubsidikan. TH menanggung subsidi RM12,920 untuk setiap jemaah. Jumlah keseluruhan jemaah tahun ini melebihi 32,000 orang. Itu jawapan kawalan kerosakan kerana masyarakat sedang terperanjat. Namun, realitinya: Apakah masyarakat tahu betapa tenatnya TH. Isu kemelut TH satu realiti bisnes korporat. Tiada kaitan politik kononnya, ini polisi Kerajaan PH yang sengaja mengabaikan jemaah haji. Isu sebenar, ialah realiti kedudukan keadaan kewangan TH yang sedang tenat. TH sedang disusun semula. Namun, mustahil dalam enam bulan keadaan ‘kesihatan kewangan dan pentadbiran dapat dipulihkan segara’. Kes TH bukan panyakit yang baru melanda pada 10 Mei selepas PH menang. Isunya beban subsidi yang makin tinggi setiap tahun dan TH tidak lagi mampu membiayainya. Apa pun jawapan popular yang dikeluarkan TH semalam, ia hanya satu kenyataan media bagi mengawal kerosakan kerana respons panik dan kemarahan awam. Sedangkan logiknya, TH pada bila-bila masa saja akan mengumumkan subsidi RM400 juta setahun adalah beban. Malah, wajar dilupuskan. Sama ada 32,000 jemaah masih diberikan subsidi RM12,920 per jemaah atau dikurangkan secara berperingkat-peringkat, ia tetap berita yang akan satu hari diumumkan. TH kini bukan lagi agensi korporat yang sihat. TH sedang disusun semula kerana suasana kewangannya memerlukan penstrukturan yang realistik secara bisnes. Bukan ditunggang untuk populariti politik. Tidak mudah untuk TH berterus-terang keranan akibatnya pasti fenomenal. Risiko kejujuran untuk mengakui TH bermasalah, akan menyebabkan 90% pencarum akan kecewa. Malah, akan bertindak membuat pengeluaran simpanan secara mendadak dan beralih ke institusi pelaburan lain. Ini risiko yang mampu mencetuskan teori domino. Walaupun terdapat 9.3 juta pendeposit TH, harus difahami, hanya 10% sahaja pendeposit yang menyimpan untuk tujuan menunaikan haji. Manakala, 90% pendeposit adalah pelabur komersial. Itu sebab TH dalam dilema. Era TH sebagai institusi yang hebat dan lubuk dividen kita berubah. Pada masa yang sama, pengurusan TH harus bijak mengendalikan suasana. Selain isu subsidi, dalam masa terdekat akan ada lagi satu kejutan. Pendeposit sedang menanti pengumuman dividen. Bekas pengarang ekonomi yang sempat dua penggal berkhidmat sebagai exco negeri sempat bergurau, tapi nadanya serius. “Tahun ini realistiknya TH kena umum dividen bawah 1% dan tiada hibah,” katanya. Bayangkan, kalau kenyataan bekas pengarang ekonomi dan ecxo negeri ini satu berita benar, apa respons pendeposit? Tapi itulah hakikatnya. Hentikan sikap mengkritik dan mencela TH tanpa melihat realiti. Sekiranya isu pelupusan subsidi kepada 300 pengiring jemaah haji pun membuatkan masyarakat emosional, apa lagi untuk menerima berita dividen di bawah 1% dan tiada hibah. Hentikan serangan melulu. Fahami dan terima hakikat bahawa TH kini sedang tenat. Namun, bukan tumbang. TH sedang disusun semula menjadi lebih dinamik dan kekal releven. Kepada TH pula, hadapi rakyat dengan berani. Dedahkan semua. Biar rakyat faham hakikat sebenar. Ia memang pahit, tetapi sebagai agensi berteraskan agama, umat Islam harus relevan dan berjiwa besar untuk terus menyokong kebangkitan TH. Malah, inilah masa kita berada bersama TH demi masa depannya! C&P. […]

  42. ISU KEWANGAN: PAHAM KE TAK?
    – Mark-to-market loss RM 4bn tapi capitalisation RM 19.9bn.
    – Mark-to-market loss RM 4bn ialah 5.4% dari asset base. Takde orang dlm bidang pengurusan dana akan kenyit mata pon.

    ASET TH: DIROMPAK
    – Kalu dah diagnosis isu kewangan TH ttg mark-to-market pon tak paham, apa relevannya langkah pemulihan?
    – Asset spt tanah TRX boleh dikata non performing – jual pada SPV. Bodoh mana kata tanah TRX lepas tiga tahun non-performing tu?
    – Kitaran penuh ekuiti bursa saham memberikan purata pulangan 12%; kenapa paksa jual pada nilai rendah seperti TM yg hilang separuh nilainya sejak pertukaran tampuk politik negara.

    PEMULIHAN TH
    – Mulakan dengan pegang 27% cash equivalent dari saiz aset TH.
    – Letak TH bawah kawal selia BNM.

    Apa yg marhaein tak tahu, ignorantly oblivious:
    1. Basel III standard for bank capital adequacy is 10.5%. Itupon dua jenis tier capital. Dan bukan cash.
    Gila apa suruh TH pegang cash 27%?
    2. Kawalselia BNM – Compliance costs atau kos pematuhan kepada TH.
    ~HSBC malaysia yg ada 32 cawangan membelanjakan RM 5 billion utk membangunkan sistem pematuhan dari 2011 – 2016. Kau rasa? TH dengan 102 cawangan?

    STRUKTUR KOS TH
    – Sabsidi muassasah: 0.5%
    – Zakat: 2.5%
    – Kos operasi: 1.2% (dari laporan 2017)
    Maknanya: TH perlu JANA PENDAPATAN 4.2% setahun kalau taknak bayar satu sen pon kepada pendeposit.

    Soklan Retorik: Di Mana TH akan jana pendapatan minima 4.2% setahun hanya untuk bernafas? Belum masuk kos pematuhan lagi.

    Kenapa harus telan bulat2 agenda memburukkan Islam, meranapkan TH, memperlekeh Melayu?

    PROPA DIMOMOKKAN:
    1. 11 Dec 18, theStar, deputy editor M Shanmugam: ARTIKEL KATA TABUNG HAJI NAZAK.
    https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/12/11/review-finds-tabung-haji-in-dire-straits-questionable-transactions-found-all-over-in-report-of-insti/

    2. 11 Dis 18 juga, theStar juga, ARTIKEL TABUNG HAJI BERISIKO “BANK RUN”.
    https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/12/11/tabung-haji-at-risk-of-a-bank-run-report-reveals/
    Reporter: martin carvalho, hemananthani sivanandam, tarrence tan, tee lin say, loh foon fong, yimie yong, mei mei chu, julianne de souza.

    3. 15 Dis 18, theStar, deputy editor M Shanmugam, ARTIKEL TH JADI BANK KOBOI TANPA KAWALSELIA.
    https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/12/15/how-tabung-haji-became-an-unregulated-bank/

    4. 29 Dis 18, theStar, M Shanmugam, ARTIKEL KESALAHAN MORAL TABUNG HAJI JADI INSTITUSI PELABURAN, SEPATUTNYA PEGANG DEPOSIT SAJA.
    https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/12/29/a-deposit-that-is-legally-right-but-morally-wrong/

    Nilaikan sendiri. Tengok kos struktur. Tak tahu TANYA. BODOH tu simpan sikit.

  43. Bagi yang mampu belajar sudah sampai masanya kita keluar dari zon selesa dengan melabur secara terus dalam pasaran saham di Bursa Malaysia secara jangka masa panjang melalui analisis fundamental. Ada kaunter yang memberi dividen yang setinggi 9%. Risiko dikurangkan dengan membeli semasa harga rendah, dengan menggunakan analisis teknikal yg. juga perlu dipelajari.

  44. *SIAPA BODOH?*

    Semalam ada beberapa pemimpin kanan Pakatan Harapan termasuk ahli parlimen mereka berkongsi satu laporan portal kononnya kedudukan kewangan TH adalah terlalu tenat. Disamping terpaksa membelanjakan RM400 juta bagi subsidi haji, TH juga terpaksa memberi hibah kepada pendeposit. Maka orang Islam sepatutnya memahami dan tidak perlu mengharapkan subsidi haji kerana ia sudah menjadi beban kepada TH [1]

    1⃣. Pertama sekali, saya nak pesan kepada pemimpin PH supaya jangan guna taktik BN zaman 90an yang suka hina orang Melayu sebagai bangsa subsidi. Kalau kami bangsa Melayu ini tak nak diberi naik haji kerana tidak berkemampuan (istito’ah), maka kenapa kamu sebagai kerajaan masih lagi nak kami bangsa Melayu bayar cukai pendapatan, cukai SST, cukai soda, cukai perniagaan dan lain lain kalau kamu dah tahu kami ni ‘tak berkemampuan’?. Tang cekau duit rakyat ni tak nak kira pula faktor istito’ah.

    2⃣. Kedua, subsidi haji ni jumlahnya RM400juta setahun. Termasuk subsidi kepada pengiring dan perayu. Sedar atau tidak apabila berlakunya pindahmilik saham2 yang memberi dividen tinggi kepada SPV dan diganti dengan RCPS-i yang tiada dividen, ia sebenarnya telah menghilangkan pendapatan tetap TH setiap tahun?

    *Contohnya, TH telah memindahmilik 500juta saham Malakoff bernilai sekitar RM430 juta. Malakoff ini konsisten bagi dividen +-7% setahun. Maknanya tahun ini sahaja, Malakoff dijangka mampu memberi pendapatan tambahan RM30 juta kepada TH. Cukup untuk bagi subsidi kepada 2,400 jemaah haji.*

    Tapi sebab SPV ganti saham tersebut dalam bentuk RCPS-i, TH dah tak boleh terima dividen puluhan juta ini.

    Ini baru Malakoff. Bagaimana dengan saham saham lain yang mempunyai dividen tinggi seperti Naim Holdings, Pintaras Jaya, Eastern Oriental, Hap Seng Plantations, IJM Corp, Icon Offshore dan UEM Sunrise yang selama ini berjaya memberi hasil memuaskan kepada TH? Sekarang dividen tu dah tak ada.

    3⃣. *Ketiga, tahukah anda sejak PH mengambil alih kerajaan, 20 syarikat utama yang mana Tabung Haji mempunyai pegangan saham signifikan telah kehilangan nilai sebanyak RM2.74 bilion. Nilai ini boleh menampung subsidi haji selama 7 tahun.*

    Jadi kenapa nak salahkan rakyat? Kenapa nak guna istilah agama untuk hina akal budi rakyat? Mana tanggungjawab kerajaan dalam membantu dan memudahcara ibadat rakyat?

    *Sedangkan masalah yang berlaku adalah kerana kalian gagal mengurus ekonomi dan kalian gagal mengurus kewangan Tabung Haji.*

    Saya akhiri status ini dengan ucapan berhikmah seorang pemimpin negara yang pernah menjadi idola saya 21 tahun dahulu:

    *”Siapa bodohhhhhh??”*

    —–
    Abdul Rahim Hilmi Zakariya
    Gong Pasir, Dungun Terengganu

  45. tulisan yang tanpa penulis hanyalah baling batu sembunyi tangan. jika bimbang zaman bn, takkan masih takut di zaman ph. boleh aja dikatakan penipu & menyedapkan cerita dgn kait hal itu ini utk menjadi suatu tulisan.
    antara jiwa dan raga, boleh la dikatakan huraian penulis raga tanpa jiwa.terlajak logik bisnes hingga lupa hakikat TH adalah tabungan ummah.
    setiap salah laku pihak berkuasa & mahkamah solusi. bukan tanpa kajian dan blm sempat masyarakat bahas aset dah dipindahkan ke spv. mengapa tergesa gesa??
    tiada istilah bantuan atau subsidi sepatutnya diungkit. ia berkembang dari angka 0 hingga ke 12k amaun ini meningkat. itu hasil usaha TH selama ini. bahkan kita ingin melihat sampai ke tahap dibiayai penuh penyimpan yg tiba gilirannya.
    ini sukar difahami oleh mereka yg terlajak fikir cara sekular dan lupa hakikat tabungan ummah itu ke arah khairat sesama pendeposit..

  46. Brp ramai yg komen dh daftar haji?Semak balik tujuan tabung haji ditubuhkan. Dgn keadaan ekonomi skrg, brp ramai yg mampu. Ya, org muda boleh lagi menabung. Bagaimana dgn org tua dan mrk yg kurang mampu? Mmg kita mampu beli kereta, beli rmh, taP dgn pinjaman. Xkan lpsni nk bt haji kena guna loan. Apa guna menabung di tabung haji jika sistem TH jadi mcm bank lain. Lbh elok menabung di tempat lain. Ckup2 la TH dipolitikkan. Semak balik penyata TH setiap tahun, brp kali TH rugi(klau ada). Perlu diingat, simpanan TH adalah plg kurang withdrawal. Duit simpanan perlu dilaburkan para tempat sepatutnya. Apakah asset semasa TH amat kurang, dan agak2 apa yg akan berlaku jika semua pemegang akaun panik dan bt withdrawal.

  47. Kesian baca komen melayu2 yang sudah terpedaya dgn dakyah DAP dan sekutu. Satu benda simple saja. Kenapa jual aset di TRX. Lepas jual kerajaan cakap aset di TRX menguntungkan pula. SPV berhutang pula dengan TH untuk beli TRX? Gila.. Hello melayu kalau nak positif pun tak payah la bendul sangat. Itu pun sudah jadi benda asas orang islam diperbodohkan.

  48. A.Aziz, dlm kemelut TH pon sempat nak rasis. Tak pasai pasai “Cina DAP” kena sebiji!
    Hang tau tak TH dijamin oleh gomen? Bermakna org bukan Islam pon dibebankan jika gomen “bail out” TH dgn taxpayers’ money!

  49. Quran menyatakan:

    …keatas manusia, terhadap Allah, untuk datang berhaji ke Rumah (Kaabah), JIKA DIA BOLEH MEMBUAT JALANNYA ke sana” (3:97).

    Oleh itu haji tidak dikenakan ke atas seseorang jika dia tidak boleh membuat jalannya ke sana samada kerana faktor kewangan, kesihatan, keadaan atau ada halangan.

    Maka tidak wajar bagi seseorang menunaikan haji dengan subsidi.

    Jangan bimbang. Anda tidak akan dimasukkan ke Neraka kerana tidak dapat menunaikan haji, asalkan anda beriman dan mengerjakan amal-amal soleh.

    Tabung Haji hendaklah menghentikan subsidi haji untuk kelangsungan hayat Tabung Haji.

  50. Subsidi TH perlu dikurangkan…dari kos haji RM9980 sewajarnya dinaikkan ke RM11-12,000, rakyat akan menerima dengan hati lebih terbuka.

Leave a Reply to azri Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here