Sebuah hotel ternama di Mekah terbakar

SEBUAH hotel di Mekah, Arab Saudi dilaporkan terbakar dalam satu insiden yang dipercayai berlaku pagi semalam (17 Februari).

Menurut laporan warganet pula, hotel tersebut dipercayai Hotel Hyatt Regency di Jabel Omar, Mekah.

Laman web Gulf Daily News yang memetik Almarsd melaporkan, kejadian disyaki berlaku pada pukul 11.40 pagi (waktu tempatan) (4.40 petang waktu Malaysia) membabitkan sebuah hotel, yang juga sebahagian daripada projek Jebel Omar.

Bagaimanapun, anggota bomba dari Jabatan Pertahanan Awam berjaya mengawal kebakaran, sebelum ia memusnahkan keseluruhan bangunan.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam, Mejar Nayef Al Sharif berkata, kebakaran dikatakan bermula daripada satu longgokan sampah, sebelum merebak ke kawasan hotel.

http://www.gdnonline.com/Details/495448/VIDEO-Massive-fire-breaks-out-in-Mecca-hotel-

— Agensi

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.