TH: Tidak munasabah, pengiring pun harapkan subsidi

2
41

Kiranya ramai jemaah yang perlukan pengiring bermakna kos yang ditanggung oleh TH akan berganda. Akhirnya yang menanggung kos itu adalah semua pencarumnya.

Oleh DATUK REJAL ARBEE

 
BARU-BARU ini sibuk diperkata mengenai Tabung Haji (TH) menarik balik subsidinya kepada jemaah haji.

Sebenarnya subsidi itu terus dikekalkan kerana para jemaah hanya dikenakan bayaran lebih sedikit daripada RM9,000 sahaja walhal kos sebenar untuk mengerjakan haji kini sudah meningkat kepada RM20,000.

Kos itu termasuk bayaran kepada kerajaan Arab Saudi serta kos penyelenggaraannya termasuk kos untuk penginapan, pengangkutan dan makanan.

Serta kos yang perlu dibayar kepada orang yang menguruskan segala hal bersangkutan dengan apa yang jemaah perlu lakukan semasa di Tanah Suci.

Selama ini sejak beberapa tahun lalu TH telah juga memberi subsidi dengan mengenakan kos sama seperti dibayar oleh jemaah kepada pembantu atau pengiring bagi jemaah yang kurang sihat.

Kiranya pengiring pun mengharapkan subsidi ini tentunya tidak munasabah.

Agama telah menetapkan hanya mereka yang mampu saja diwajibkan mengerjakan ibadah itu.

Mampu bukan saja dari segi kewangan tetapi mampu pada kesihatan juga.

Kiranya kita sudah mampu dari segi kewangan maka kita diwajibkan mengerjakan ibadah itu.

Tetapi ini pun kiranya kita mempunyai kesihatan yang baik.

Bagi yang tidak berapa sihat mereka pula perlu mendapatkan bantuan pengiring.

Tetapi apakah bayaran kos pembantu pun TH perlu memberi subsidi? Ini tentunya tidak adil kepada TH.

Wang TH itu mana datangnya kalau bukan dari pencarum, iaitu orang ramai.

Jadi kenapa pula orang ramai perlu membantu secara memberikan mereka subsidi?

Agama pun telah menetapkan hanya mereka yang mampu dari segi kewangan dan kesihatan sahaja diwajibkan mengerja haji.

Oleh itu bagi saya tidak adillah jemaah yang tidak begitu sihat pun mengharapkan subsidi bila mereka membawa orang yang perlu membantu mereka ketika mengerjakan ibadah itu.

Kalau beginilah halnya bermakna TH terpaksa menyediakan subsidi bukan sahaja kepada jemaah tetapi juga pembantunya.

Kiranya ramai jemaah yang perlukan pengiring bermakna kos yang ditanggung oleh TH akan berganda.

Akhirnya yang menanggung kos itu adalah semua pencarumnya.

Apakah ini adil kepada orang ramai yang mencarum kepada TH.

Ini sebenarnya tidak harus ditanggung oleh TH.

Yang hendak lakukan kerja haji ialah jemaah sendiri bukan pengiringnya.

-— BebasNews

Please follow and like us:
error

2 COMMENTS

  1. Pengiring pun pencarum lah BEBAL…mereka juga nak pergi menunaikan fardhu haji…
    TH ditubuhkan untuk memudahkan urusan haji bukan untuk merumitkan, kerajaan sebenarnya tak perlu masuk campur kerana dari dulu lagi TH sudah diuruskan secara professional dan penuh tanggungjawab..

  2. Pengiring bukan pergi makan angin. Kalau pengiring tak mampu bayar penuh, bakal haji pun tak dapat pergi. Masa BN bagi subsidi kepada pengiring pakat diam. Sekarang baru bunyi. Kenapa? Takut?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here