Sebuah permainan politik – Sin Chew Daily

Sebuah permainan politik – Sin Chew Daily

Tun Mahathir nak mempermain PAS dalam keadaan PAS ingin meminta bantuannya namun tidak menggunakan perkataan yang menghina terhadap Mahathir.

oleh HISEMUDIN KASIM

 
HARI ini, 19/2/2019, saya terjemahkan sebuah artikel dari editor kanan Sin Chew Daily, Lim Rui Yuan yang bertajuk, SEBUAH PERMAINAN POLITIK

Artikel dalam bahasa Mandarin boleh diikuti di https://www.sinchew.com.my/…/2019-02/19/content_2011348.html

Ikutilah terjemahan saya dari artikel ini, walaupun sesungguhnya untuk membuat terjemahan sebuah artikel politik semasa yang ditulis oleh editor sesebuah akhbar adalah amat memeritkan. Ia perlukan pengetahuan, pengalaman hal ehwal semasa serta bijak dalam kedua-dua bahasa. Untuk disajikan kepada anda, saya lakukan juga:

Perdana Menteri Tun Mahathir mengatakan PAS telah menandatangani perakuan tidak menyokong calon UMNO dalam PRK Semenyih. Bagaimanapun PAS menafikannya, sebaliknya menyatakan yang mereka berikan perakuan itu adalah contoh untuk menyokong Tun Mahathir sehingga ke PRU15 sahaja. Kedua-dua pihak saling tidak senada, membuat orang dalam kebingungan. Sesungguhnya ia hanyalah sebuah permainan politik sahaja.

Menurut laporan, pertemuan ini adalah atas permintaan Presiden PAS, Hadi Awang. Pada hari Jumaat barulah bertemu Hadi Awang, Setiausaha Agong PAS, Takiyuddin dan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri. Hadi Awang dalam suasana kehangatan “kerjasama UMNO-PAS” berjumpa dengan Perdana Menteri telah menimbulkan pelbagai misteri dan andaian.

Ada yang mengandaikan ia berkaitan dengan kes PAS menerima RM90 juta wang 1MDB. Penyelesaian luar mahkamah antara Hadi dan pengelola Sarawak Reports, Clare Rewcastle. Siasatan oleh SPRM dengan mengambil keterangan pemimpin PAS. Ia memperlihat kes ini masih berterusan maka Hadi Awang kemungkinan meminta “nasihat” dari Tun Mahathir.

Selain itu ada pula andaian yang mengatakan Kelantan dan Terengganu menghadapi masalah kewangan maka meminta Kerajaan Persekutuan “membuka lebih besar kepala paip” dengan harapan besar agar menyalurkan royalti petroleum bagi menyelesaikan masalah kewangan kerajaan. Maka dengan itu menghantar “hadiah” kepada kepada Tun Mahathir sebagai mengepalai persetujuan ini.

Hadi Awang bukanlah pertama kali menyuarakan agar Tun Mahathir membubarkan Parlimen. Dia juga mempunyai dendam peribadi kerana ketika bersama Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan DAP bergabung dahulu telah meninggalkan satu permusuhan. Jika Anwar Ibrahim dalam dua tahun ini menjawat sebagai Perdana Menteri maka PAS akan menghadapi suasana yang tidak selesa. Dibandingkan antara Tun Mahathir dengan Anwar, PAS lebih menerima Tun Mahathir.

PAS juga didakwa berharap dua parti dalam Pakatan Harapan ini diketepikan dan akan menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir. Ia boleh menimbulkan persoalan dan pertelagahan dalaman Pakatan Harapan. Menyokong BERSATU juga memenuhi pendirian Hadi Awang terhadap kerajaan yang bertunjangkan keIslaman.

Perdana Menteri Tun Mahathir melihat PAS telah pun datang ke pintu, maka “pukul ular ikut sama bergulung” (da she sui gun shang).

[Nota : “pukul ular ikut sama bergulung” (da she sui gun shang) ialah sebuah peribahasa Cina yang bermaksud apabila kita memukul ular dengan sebatang kayu maka ular itu akan turut berbelit naik ke kayu. Ia bermakna seseorang yang bijak melawan apabila dalam keadaan kritikal dan akan membahayakan pihak lawan. Dalam hal ini, kayu diibaratkan sebagai PAS dan ular sebagai Mahathir.]

Oleh itu telah menyebarkan yang PAS tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Semenyih. Perkara ini sekurang-kurangnya mempunyai 3 tujuan:

Pertama, memisahkan antara UMNO dan PAS. Ia akan menimbulkan kesangsian di kalangan ahli UMNO adakah kedua-duanya (Mahathir & PAS) mempunyai strategi. Dalam masa yang sama menggoyahkan sokongan penyokong PAS terhadap Hadi Awang.

PAS dengan sendiri menyokong Mahathir maka menyebabkan UMNO tidak berselera. Ini kerana kebanyakan pemimpin UMNO mahukan Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan Perdana menteri. Ia akan melonggarkan tekanan dari UMNO.

Kedua, menyebarkan yang PAS tidak menyokong UMNO dengan harapan penyokong PAS tidak memberikan undi kepada UMNO dan memberi kemenangan kepada calon Pakatan Harapan. BERSATU memang mengharapkan sangat sokongan daripada orang-orang Melayu dalam PRK Semenyih untuk menghalang hubungan akrab UMNO dan PAS.

Ketiga, melemahkan kepercayaan terhadap Hadi Awang. Dalam kes wang RM90 juta kepercayaan terhadap Hadi Awang telah tercalar. AJK PAS Pusat, Nik Abduh mengatakan yang Hadi Awang menyuruhnya berbohong dan menafikan peranan utama dalam audio “PAS menerima wang UMNO”. Hadi Awang tidak mahu menjawab kenyataan Nik Abduh dan sebaliknya mengatakan, “disebabkan untuk menyelamatkan orang, kadang-kadang berbohong adalah perlu”.

PAS menafikan berjanjikan tidak menyokong UMNO dalam PRK ini, namun disebabkan contoh-contoh lama Mahathir, masih adakah lagi yang percaya kepadanya?

Setelah meletup kisah pertemuan Tun Mahathir dan Hadi Awang, segelintir orang ramai telah sangsi yang mereka sedang bermain wayang “penyatuan besar orang-orang Melayu”.

Sebenarnya tak perlupun berfikir panjang kerana mengikut rekod Tun Mahathir tidak pernah ada perasaanpun terhadap PAS. Dia menganggap cara PAS itu akan menyebabkan negara jauh ketinggalan dan sebaliknya dia boleh bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan DAP bagi membentuk gabungan. Tidak mungkin dia boleh memakai sehelai seluar dengan Hadi Awang. Walaupun Tun Mahathir mempunyai tolak-ansur dalam politik tetapi kerjasama dengan PAS adalah pada peringkat terakhir saja.

Tun Mahathir nak mempermain PAS dalam keadaan PAS ingin meminta bantuannya namun tidak menggunakan perkataan yang menghina terhadap Mahathir. Sebaliknya menyatakan yang komitmen PAS dalam PRK Semenyih adalah tidak sama dengan yang dilakukan di Cameron Highlands. Dengan PAS tidak akan mengembeling seluruh tenaga untuk membantu UMNO bagi mendapatkan undi ahli-ahli PAS maka akan terlaksanalah hasrat Tun Mahathir

Tun Mahathir punyai permainan licik yang handal dan PAS bukanlah musuh sebenarnya. Namun, Tun Mahathir bijak “dalam ketawa gunakan askar” (tan xiao yong bing), maka ia meresahkan UMNO dan hilang kesabaran. Contohnya seperti semasa pencalonan PRK Semenyih penyokong UMNO menyerbu Menteri Belia dan Sukan, Syed Sadiq.

[Nota: “dalam ketawa gunakan askar” (tan xiao yong bing) adalah merupakan sebuah peribahasa Cina yang bermakna dalam ketawa tetapi menyimpan sebilah pisau untuk membunuh mangsa.]

PAS adalah laksana sebatang kayu timbul untuk UMNO kembali bingkas. Najib pula menngunakan media sosial untuk kembali menyerlah. Namun mungkin PAS mempunyai faktor lain maka menjauhi UMNO. Masa untuk Najib bermedia sosial mungkin tidak banyak lagi dan UMNO masih lagi dalam keadaan bahaya.

Walau bagaimanapun, perang saraf politik harus dihentikan. Jika tidak, ia akan mudah memindahkan perhatian untuk merancakkan negara. Lebih banyak anda bermain, lebih banyak anda melintasi api. Ini juga menyebabkan terus ketagih.

Menutup kebaikan dan membelakangi prinsip. Contohnya BERSATU menerima kemasukan bekas Ahli Parlimen UMNO dan keputusan untuk melebarkan sayar ke Sabah. Setengah pemimpin PKR menyatakan ia tidak menjadi hal, malah menyatakan pula tidak akan menyokong akta lompat parti.

Malaysia Baru haruslah mempunyai budaya politik yang betul, ia bukan satu contoh yang baik untuk generasi muda. Pemimpin politik juga harus mengingati “ketekunan adalah baik, berdrama tidak berfaedah”

Diterjemahkan oleh Hisemudin Kasim
https://www.facebook.com/hisemudin/posts/2099053153497095
12:25 pm, 19/2/2019
BSP, Selangor

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.