Selebriti sensasi Indonesia Syahrini nikah 27 Februari

Selebriti sensasi Indonesia Syahrini nikah 27 Februari

Hubungan antara Syahrini dan Reino Barack dikesan sejak beberapa bulan lalu. Ia terjadi apabila Syahrini yang selama ini agak seksi berpenampilan baru dengan memakai jilbab.

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 
GOSIP perkahwinan selebriti sensasi Indonesia Syahrini, 38, dengan usahawan muda Reino Barack, 34, pada 27 Februari ini akan menjadi kenyataan apabila rombongan keluarganya berangkat ke Jepun semalam (22 Februari).

Pemergian rombongan itu disertai ibu Syahrini, Wati Nurhayati dan adik merangkap pengurusnya, Aisyahrani telah dirakam oleh stesen TV RCTI di lapangan terbang.

Ibu dan adik Syarini enggan menyatakan secara tepat mengenai perkahwinan itu, tetapi tidak menafikannya. Mereka cuma mengharapkan doa yang terbaik daripada masyarakat.

Syahrini tidak menyatakan kenapa pernikahan akan dilakukan di sebuah masjid di Tokyo, Jepun. Namun difahamkan Reino mempunyai saudara-mara di negara matahari terbit itu kerana ibunya mempunyai darah campuran Jepun.

Hubungan antara Syahrini dan Reino Barack dikesan sejak beberapa bulan lalu. Ia terjadi apabila Syahrini yang selama ini agak seksi berpenampilan baru dengan memakai jilbab. Dalam sejumlah siri pengajian agama yang disertai Syahrini, ia turut dihadiri Reino Barack.

Reino Barack sebelum ini menjalin percintaan dengan selebriti popular Luna Maya selama lima tahun. Bagaimanapun hubungan mereka terkandas pada 2018 dan Syahrini dikatakan sebagai ‘orang ketiga’ dalam hubungan itu.

Luna Maya sebelum ini heboh dalam video ‘berani’ dengan Ariel Peter Pan, yang menyebabkan Ariel meringkuk di dalam penjara untuk beberapa tahun.

Syahrini atau nama aslinya Rini Fatimah Dadang Zailani selain popular sebagai penyanyi dan pelakon, juga seorang usahawan yang berjaya. Dia suka mempamerkan gaya kehidupan mewah sebagai selebriti termasuk memiliki pesawat penerbangan peribadi.

SYAHRINI (kanan) bersama ibu, Wati Nurhayati (tengah) dan adiknya, Aisyahrani.

Syahrini dihujani dengan kemewahan hidup sejak kecil. Ayahnya seorang usahawan berjaya termasuk memiliki perniagaan emas. Ayahnya meninggal dunia pada 2011 dan harta peninggalan diwarisi ibu, Syahrini dan adiknya.

Sementara Reino Barack yang nama aslinya Reino Ranaputra Barack adalah anak usahawan Berjaya, Rosano Barack selaku pemilik Global Mediacom. Reino menjadi Timbalan Pengarah syarikat itu.

Rakan-rakan artis Syahrini enggan mengesahkan penikahan Syahrini walau beberapa antara mereka menerima undangan bagi majlis pernikahan itu.

Bagaimanapun majlis resepsi perkahwinan dijangka akan diadakan di Indonesia, Cuma tempat dan masa belum ditetapkan.

— BebasNews

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.