29 pemain bola B-19 jalani latihan hadapi Piala Sanix di Jepun

0
92

Skuad Malaysia B-19 akan berlatih selama sepuluh (10) hari di Wisma FAM, Kelana Jaya, Selangor dan 22 pemain terbaik yang terpilih kemudian berlepas ke Jepun pada 10 Mac.

Oleh AMRAN MULUP

 
SERAMAI 29 pemain bola sepak kebangsaan bawah 19 tahun (B-19) dipanggil untuk menjalani latihan di Wisma
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menghadapi Kejohanan Sanix Cup 2019 di Fukuoka, Jepun dari 11 hingga 21 Mac ini.

Skuad kendalian jurulatih Bojan Hodak akan mula melaporkan diri di Wisma FAM, Kelana Jaya tersebut hanya 22 pemain sahaja akan dipilih untuk menyertai skuad kebangsaan B-19 ke Jepun.

Daripada 29 pemain tersebut, tujuh pemain merupakan produk daripada Program Pembangunan Bolasepak Negara
(NFDP) dan mewakili skuad Malaysia B-16 dalam saingan AFC B-16 tahun lepas.

Salah seorang daripadanya merupakan penjaring terbanyak kejohanan AFC B-16, Luqman Hakim.

Mengulas mengenai cabaran Piala Sanix di Jepun nanti, Bojan berkata, masalah utama yang dihadapi barisan
pelatih B-19 kerana barisan pemain baharu dan memerlukan masa untuk mewujudkan keserasian.

Ujarnya, tempoh 10 hari menjadi cabaran buat beliau untuk membentuk sebuah pasukan yang cukup mantap bersaing di Jepun nanti.

“Walaupun sebahagian daripada mereka adalah pemain yang berkualiti bermain dalam Liga Super dan Liga Perdana
tetapi masih lagi kurang pengalaman beraksi pada pentas antarabangsa.

“Kami memerlukan perlawanan yang sukar bagi mengenal pasti pemain-pemain yang terbaik dalam taktikal
ditetapkan,” jelasnya.

Skuad Malaysia B-19 akan berlatih selama sepuluh (10) hari di Wisma FAM, Kelana Jaya, Selangor dan 22 pemain terbaik yang terpilih kemudian berlepas ke Jepun pada 10 Mac.

Barisan pemain:
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Ali Imran Sukari, Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Firdaus Kaironnisam, Luqman Hakim Shamsudin, Muhamad Hariz Mansor, Harith Haiqal Adam Afkar (SSMP), T. Saravanan, Muhamad Aidil Azuan, Muhamad Hazim Abu Saiz (Melaka), Muhamad Faris Kamardin, Muhamad Firdaus Abdul Razak, Adam Farhan Mohd. Azmi (Selangor), Firdaus Irman Mohd. Fadhil, Muhamad Adam Fahmi Mohamad Bashir (PKNP), Muhamad Azam Azmi Murad, Muhd Muslihuddin Atiq Mat Zahid (Terengganu), Ahmad Azraf Ahmad Azam, Nik Umar Nik Aziz (PKNS), Arif Aiman Mohd Hanapi (JDT), Muhammad Wazif Nazaril (Felda United), Muhammad Azim Al-Amin Kamaruddin (KL), Mohd Aiman Afif Md Afzul (Kedah), Muhammad Nashran Elias (Kelantan), Muhammad Aikmal Roslan (N.Sembilan), Akmal Hazim Ismail (Perak), Muhammad Iman Rafafei Abd Razak (P.Pinang), dan Alan Lagang Keryer (Sarawak).

— BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here