Boustead masih belum memuktamadkan penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang

0
0

Media melaporkan baru-baru ini, syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd. (BHB) bersedia untuk menjual aset strategiknya, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang pada harga RM197 juta selepas menerima tawaran daripada sebuah firma Singapura, Hotel Royal Limited.

Pejabat Menteri Pertahanan ingin menjelaskan bahawa proses penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang ini masih belum dimuktamadkan.

Penilaian masih dijalankan dengan teliti memandangkan lokasi Hotel Royale Chulan Bukit Bintang berada di kedudukan yang strategik disalah sebuah kawasan pelancongan utama dan zon perhotelan di pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Oleh itu, tawaran yang terbaik daripada pembeli-pembeli yang berminat sedang dalam pertimbangan dan keutamaan akan diberikan kepada syarikat-syarikat tempatan.

 

Pejabat Menteri Pertahanan Malaysia
27 Februari 2019

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here