Lebih 20 hotel di KL akan tutup kerana ketibaan pelancong merosot, cabaran penginapan Airbnb

Lebih 20 hotel di KL akan tutup kerana ketibaan pelancong merosot, cabaran penginapan Airbnb

MENURUT satu mesej Whatsapp yang tular baru-baru ini, sejumlah 21 buah hotel akan ditutup. Rujukan ke Facebook juga mendapati bahawa mesej yang sama turut menjadi tular seawal 15 Januari.

Dalam senarai 21 buah hotel itu, dua dikatakan akan ditutup untuk kerja pengubahsuaian, sementara yang lainnya sama ada akan melalui proses penggulungan (liquidation) atau pun akan ditutup untuk selama-lamanya.

Kesemua hotel tersebut merupakan sebahagian daripada identiti mercu tanda banda raya Kuala Lumpur, termasuk nama-nama hebat seperti Sheraton, W Kuala Lumpur, dan Royale Bintang, antara lain.

Berikut mesej yang ditularkan:

1) Swiss Garden Hotel – akan tutup pada 31 Mac, 2019 untuk pengubahsuaian

2) Royale Bintang Bukit Bintang – ditawar untuk dijual. Penutupan pada 31 Mac, 2019

3) W Hotel Kuala Lumpur – ditawar untuk dijual. Pembeli dari China dikenal pasti.

4) Sheraton Petaling Jaya – ditawar untuk dijual.

5) Grand Season Hotel – ditutup.

6) Holiday Inn Glenmarie – Khabar angin mengatakan juga akan ditutup.

7) KL Journal – ditawar untuk dijual.

8) Pullman Putrajaya – ditutup untuk pengubahsuaian

9) Travelodge Hotel, 3 bintang (Geo Hotel, 203 bilik/pegangan bebas, RM130 juta

10) Ibis Hotel, 3 bintang, Jln Yap Kwan Seng, 684 bilik, RM500 juta

11) Renaissance Hotel, 5 bintang, 912 bilik, pegangan bebas, RM1. 2 bil

12) Holiday Inn Express, 3.5 bintang, 386 bilik, pegangan bebas, RM365 juta

13) G Tower, 5 bintang, Jln Tun Razak, 32 tingkat komersial, pegangan bebas, RM1. 2 bil

14) TRX 5 Bintang Hotel, 4 bintang, 480 bilik, 26 tingkat, siap hujung 2021, RM1. 25 juta setiap bilik

15) Four Points by Sheraton, 4 bintang, Jalan Petaling KL, pegangan bebas, 318 bilik, buka Apr 2019, RM 280 juta

16) Verdant Hill Hotel, 223bilik, 4 bintang, pegangan bebas, 20 tingkat, RM180 juta

17) Maya Hotel, Jln Ampang, 4 bintang, hotel butik dalam bandar, 207 bilik, pegangan bebas, RM 235 juta

18) W Hotel, 5 bintang, Jalan Ampang, 25 tingkat hotel, 150 bilik, pegangan bebas, USD 100 juta

19) Four Season Mall, high end mall, KL, 6 tingkat, pegangan bebas, Robinson Shopping Mall penyewa utama, RM550 juta

20) Colonial Beach & Spa Resort, 4 bintang, 176 bilik, pegangan bebas, RM 55 juta

21) Hotel Sentral Group (memiliki 10 hartanah)

Bagi yang tidak berapa maklum tentang industri perhotelan, maklumat ini mungkin mengejutkan. Bagaimana pun, laporan berkenaan dikatakan antara penyumbang berlakunya kemerosotan ketibaan pelancong dan pencetus populariti penginapan alternatif, seperti Airbnb yang begitu ketara pada 2018.

Semakan yang dibuat berhubung senarai berkenaan mendapati sekurang-kurangnya tujuh buah hotel pernah disebutkan oleh beberapa media.

Sementara itu, akhbar Malay Mail pada 19 Februari melaporkan bahawa syarikat Hotel Royal Limited yang berpangkalan di Singapura telah menawarkan sejumlah RM197 juta untuk membeli Hotel Royale Chulan Bukit Bintang.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa perjanjian telah ditandatangani pada 19 Februari dan Boustead Hotels & Resorts Sdn BHd akan hanya menumpukan kepada satu-satunya hotel yang mereka miliki, ia itu Royale Chulan Kuala Lumpur di Jalan Conlay.

Dalam pada itu, The Star pula melaporkan bahawa W Hotel yang terletak di Jalan Ampang akan dijual pada harga RM360 juta atau RM2.4 juta sebilik. Hotel 5 bintang itu mempunyai 150 bilik dan memulakan operasi pada Ogos 2018.

Bagaimana pun, dalam laporan susulan oleh Edge Prop, Tropicana Corp Berhad berkata mereka tidak mempunyai rancangan untuk menjual W Hotel, sambil merujuk kepada kelarisan tempahan bilik sebagai alasan mereka kekal dengan pendirian tersebut. Tropicana Corp diasaskan oleh Tan Sri Danny Tan Chee Sing adik kepada pemilik Berjaya Group Tan Sri Vincent Tan.

Pada Mei 2017, akhbar The Edge melaporkan bahawa Sheraton PJ ditawarkan untuk jualan pada harga RM350 juta. Juga, setelah beroperasi selama 20 tahun dan pernah dikenali sebagai hotel paling tinggi di KL, Grand Seasons Hotel dikatakan akan menutup pintunya untuk selama-lamanya esok (28 Februari) atas alasan bangunan tersebut semakin uzur dan terlalu mencabar untuk dibaik pulih. Hotel tersebut dimiliki oleh Lim Siew Kim, anak perempuan pengasas Genting Berhad, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong.

The Edge pernah melaporkan bahawa Geo Hotel dijual pada harga RM83 juta pada 2017. Nampaknya, menurut mesej yang ditularkan baru-baru ini hotel itu akan dijual sekali lagi. Laporan berita bulan lepas telah mendedahkan bahawa Sentral Group juga akan menjual 10 buah hotel dengan jumlah nilai RM625 juta.

Walaupun kesahihan mesej berkenaan tidak dapat dipastikan keseluruhannya, beberapa dakwaan yang terkandung didapati benar.

Menurut The Edge, masalah yang dihadapi oleh industri hotel tempatan bukan lagi rahsia memandangkan penginapan seperti Airbnb telah berjaya menguasai pilihan ketibaan pelancong. Juga, kenaikan tarif elektrik dan gaji minimum menambahkan lagi beban untuk ditanggung oleh hotel-hotel tempatan.

Presiden Persatuan Hotel Bajet Malaysia, Leong PK berkata zaman kegemilangan hotel di Malaysia adalah daripada 2008 hingga 2012. Selepas itu, semuanya menurun. Leong mewakili 2,000 buah hotel melalui persatuan tersebut.

Pelancongan merupakan sektor yang menyumbangkan hasil paling tinggi kepada negara. Bagaimana pun, keadaannya tidak lagi begitu sekarang. Menurut statistik dalam laman web Pelancongan Malaysia, jumlah keseluruhan ketibaan pelancong telah menjunam sebanyak 6.56 juta daripada 25.95 juta pada 2017 kepada 19.39 juta tahun lepas.

Pelancong juga didapati kurang berbelanja sekarang apabila berada di sini. Pada 2016, penginapan pelancong secara purata hanya 5.9 malam di Malaysia pada 2017 – kejatuhan kepada 5.7 malam.

 

—BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.