Akhbar kaki bodek akan terus tersungkur!

Akhbar kaki bodek akan terus tersungkur!

Sebuah akhbar di negara ini, nampaknya tidak belajar daripada kesilapan masa silamnya. Menyokong  melulu sehingga menjunam.

JUALAN digital mahupun naskhah akhbar The Washington Post terus meningkat dalam pasaran Amerika Syarikat dan serata dunia.

Akhbar itu lain dari yang lain. Ia sering menongkah arus, sejak pembongkaran Skandal Watergate sehinggalah sekarang, ia tidak gentar menentang siapa sahaja termasuklah Donald Trump.

Itulah peranan akhbar. Ia adalah ejen kepada liputan penyiasatan yang hebat dan berkualiti.

Begitu juga dengan CNN. Ia terus menerus mengkritik Trump setiap hari — 24/7 tanpa rasa takut dan bimbang. Hari ini CNN melaporkan terus-menerus testimoni bekas peguam Trump, Michael Cohen yang menuduh bekas bosnya itu: “I am ashamed because I know what Mr Trump is.  He is a racist, he is a conman, he is a cheat.”

Testimoni itu berlaku di waktu yang sama Sidang Kemuncak DPRK-AS di Hanoi yang dihadiri oleh Presiden Trump dan Kim Jong-un.

CNN tidak melaporkan live sidang kemuncak itu. Sebaliknya menumpukan Breaking News kepada liputan testimoni Cohen itu.

Akhbar bukan kaki bodek. Ia perlu ada pendirian. Dan pendirian itu harus teguh. Jika tidak betul nyatakan tidak betul dan jangan memihak.

Itulah yang akan menentukan sama ada akhbar itu akan terus hidup atau mati.

Ada sebuah akhbar di negara ini, nampaknya tidak belajar daripada kesilapan masa silamnya. Menyokong  melulu sehingga menjunam.

Kali ini nampaknya ia melakukan satu lagi kesilapan besar. Setelah membuat pusingan 360 darjah, ia memihak kepada seorang pemimpin yang kononnya akan memerintah negara ini.

Nampaknya tidak serik-serik akhbar itu. Malah para pengarangnya juga dipamerkan seperti Seri Rama, Wak Long dan Wak Dogol yang sudah bersedia mempertahankan pemimpin itu.

Akhbar itu amat mengharapkan sekiranya pemimpin itu naik menjadi orang nombor satu, ia akan pulih semula. Namun realitinya dalam politik tempatan undercurrentnya cukup berbeza.

Umum mengetahui secara terbuka atau separuh terbuka hakikat itu. Benarkah berlaku usaha hebat bagi menyekat pemimpin itu menjadi orang no. 1 negara. Mengapa ya?

Pelbagai keterangan baharu dikeluarkan. Semacam ada tangan-tangan ghaib yang membenarkan ini semua berlaku.

Sama ada ia fitnah (sekali lagi) atau sesuatu yang direka-reka, belum boleh ditentukan.

Akhbar yang mahu terus dilanggan dan disayangi harus melaporkan semua ini. Ia harus belajar membuat analisis tajam dan berani. Dan, bukannya terus-menerus mahu membodek.

Hentikan politik patronage melulu, bagi bernaung di bawah ketiak seseorang pemimpin.  Itu adalah budaya yang menghancurkan.

Tak belajar-belajar, hubaya-hubaya…

 

— BebasNews
Please follow and like us:
error

One Response to "Akhbar kaki bodek akan terus tersungkur!"

  1. Mat Piah Teh Deris  01/03/2019 at 1:51 am

    Di sanun cuit, disini pun Cuit.. haha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.