Program Borak Buku mengenai Edward Said 17 Mac

Program Borak Buku mengenai Edward Said 17 Mac

BAGI peminat penulis dan pemikir, Edward Wadie Said, mereka berpeluang untuk mengikuti program wacana Borak Buku: The Orientalism of Edward W Said pada 17 Mac ini.

Wacana yang akan diadakan di Galeri Petronas, Tingkat 3, Suria KLCC, Kuala Lumpur itu akan diberikan oleh pensyarah Pusat bagi Penyelidikan Dasar dan Pengajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk A Murad Merican.

Kemasukan adalah percuma dan program Borak Buku itu akan bermula pada pukul 3 petang sehingga 4.30 petang.

Dimudahcarakan oleh Lutfi Ishak, wacana berkenaan merupakan satu program kerjasama oleh Biro Penulis Muda, Persatuan Penulis Nasional (Pena).

— BebasNews

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.