Perangi golongan anti vaksin

0
46
Photo: straitstimes.com

 

Komen DATUK REJAL ARBEE

 

SEKARANG ini nampaknya agak ramai juga rakyat, khususnya ibu bapa Melayu meragui pentingnya bayi yang baharu lahir diberikan suntikan pelalian.

Ia bagi meningkatkan keupayaan imunisasi anak mereka untuk menghadapi pelbagai penyakit seperti difteria, tetanus, polio dan beberapa lagi penyakit lain.

Terdapat golongan anti vaksin ini yang antaranya mendakwa kononnya vaksin itu mengandungi bahan haram termasuk daripada babi.

Sebaiknya kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan perlu lebih peka dan tegas menghadapi golongan ini dari terus menindas dan mempersoalkan kebaikan suntikan itu.

Agak malang sekali golongan anti vaksin ini berterusan boleh mempengaruhi ibu bapa Melayu, khususnya daripada membenarkan bayi-bayi mereka yang baru lahir diberikan suntikan itu.

Maka itu Program Imunisasi Kebangsaan agak terjejas dan bayi yang tidak mendapat suntikan itu menghadapi risiko dijangkiti pelbagai penyakit demikian.

Mereka ini berterusan persoalkan kenapa bayi perlu diberikan suntikan itu.

Bagi golongan ini suntikan demikian tidak perlu lebih-lebih lagi kononnya vaksin itu mengandungi bahan-bahan daripada babi.

Dengan sebab itu ramai juga bayi Melayu tidak menerima suntikan vaksin anti kolera dan beberapa penyakit lain.

Ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi-bayi itu yang berkemungkinan menghadapi risiko agak tinggi untuk dijangkiti penyakit hingga boleh membawa maut.

Nampaknya semakin banyak maklumat dipaparkan melalui Internet semakin banyak pula tulisan-tulisan tidak benar dan tidak bertanggung jawab hingga boleh mengabui dan menipu rakyat.

Malangnya yang akan hadapi risiko demikian itu adalah bayi-bayi tidak berdosa ini hingga boleh membawa maut.

Jadi, yang menghadapi musibah itu bukannya puak-puak berdusta itu tetapi bayi-bayi yang tidak berdosa ini.

— BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here