[VIDEO] Malangnya nasibmu Melayu kerana malas…

BERKALI-KALI dibagi tahu bahawa terbukti dah orang Melayu gagal dalam perniagaan kerana mereka malas.

Kalau orang Melayu rajin, mesti mereka berjaya.

Ekonomi negara sangat baik sekarang, pendapatan minimum rakyatnya kini sudah capai RM2,500 dan peluang pekerjaan ada hampir bertambah 3 juta.

Kenapa nak berniaga tepi-tepi jalan!! Jangan salahkan darjat orang Melayu dan bukan Melayu bila mereka berniaga.

Orang bukan Melayu boleh halang lalu lintas, letak meja di kaki lima. Itu hak mereka!! Bulatan Kampung Pandan, pusat disko ternama… agak-agak parking kereta menganggu tidak orang ramai lagi?

Orang Melayu eloklah kerja dengan gomen sahaja.

Kalau berniaga setakat jual-jual tepi jalan ini, jangan haraplah. Buat rugi beli peralatan meniaga sahaja.

Sekarang zaman Malaysia baharu… zaman tak ada harapan.

Dalam pada itu…

Hebat pegawai-pegawai penguat kuasa yg sama sebangsa. Asal saja nak niaga, ada saja nak dilihat.

Lesen tanya, permit tanya… Jika tak ada semua benda nak dirampas dan saman pula.

Tapi malang nasibmu Melayu kerana malas…

Bangsa lain meniaga CD cetak rompak di kaki lima, meniaga tak ada lesen di depan mata penguat kuasa pun, mereka lihat saja. Seolah-olah macam harimau yang kena cabut taringnya.

Silap-silap kad kuasa dan uniform pun mereka nak tanggal untuk jaga bisnes sang bangsa lain.

Bangsa bukan Melayu buka kedai judi, kedai urut penguat kuasa boleh berikan lesen pusat hiburan keluarga. Untuk orang Melayu berniaga pula apa cerita?

Memang malangnya nasibmu Melayu kerana malas….

Ikhlas daripada
MELAYU MALAS

Please follow and like us:

One Response to "[VIDEO] Malangnya nasibmu Melayu kerana malas…"

  1. Armus  02/03/2019 at 11:25 pm

    Melayu tidak malas, melayu dgn melayu berniaga mesti ada persaingan dengki.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.