Pelajar UiTM dijemput SPR saksikan secara dekat proses pilihan raya

1
31

Jemputan SPR adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar FSPPP UiTM untuk melihat proses sebenar pilihan raya.

 
TINDAKAN menghalang sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pensyarah mereka melawat salah sebuah pusat pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih (N.24) semalam (2 Mac) disifatkan sebagai tidak wajar.

Menurut, Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Prof Datuk Dr. Nasrudin Mohamed, lawatan sembilan pelajar Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) dan dua orang pensyarah FSPPP tersebut adalah untuk memberi pembelajaran praktikal secara on site kepada pelajar.

“Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah menjemput pelajar-pelajar FSPPP UiTM sebagai pelawat bagi pilihan raya kecil (N.24) ini melalui sepucuk surat bertarikh 26 Februari 2019.

“Seramai 9 orang pelajar FSPPP dan 2 orang pensyarah FSPPP telah dijemput pada lawatan ini. Pelajar-pelajar dan pensyarah ini bukan pengundi berdaftar bagi DUN Semenyih.

“Lawatan ini merupakan yang kedua selepas yang pertama pada PRK, Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober 2018,” jelas Dr Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini (3 Mac).

Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan tertularnya sebuah video terbitan UMNO Online yang bertajuk “Pemuda BN tuntut penjelasan SPR mahu bawa siswa UiTM masuk ke pusat pengundian” sejak semalam.

Dr Nashrudin berkata, jemputan SPR adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar FSPPP UiTM untuk melihat proses sebenar pilihan raya.

“Ia memberi pembelajaran praktikal secara on site kepada pelajar,” tambahnya.

Menurut kenyataan akhbar itu, pelajar-pelajar yang dijemput ini terdiri daripada mereka yang telah menjalani latihan program Akademi Pilihanraya (APR) Associate Trainer (AAT) yang telah diadakan pada 24–27 Ogos 2018 di Institute of Leadership & Development (ILD) UiTM, Kg Gajah, Perak.

Latihan ini adalah kerjasama kelas Voting Education Society dan SPR.

Voting Education Society ini adalah idea hasil daripada aktiviti Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) di ILD, Perak.

Ia merupakan satu aktiviti kolaborasi bersama SPR dan FSPPP bagi kursus Government and Politics, program Diploma Pentadbiran Awam (AM110).

Untuk program lawatan semasa PRK Semenyih ini, SPR telah mengaturkan beberapa sesi seperti melihat proses pengundian, melihat proses tempat pengiraan undi, melihat proses pengiraan undi dijalankan, melihat melihat proses penyerahan peti undi, melihat proses penjumlahan undi, melihat proses pengumuman keputusan PRK di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang.

Kata Dr Nashrudin, FSPPP dan UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban berharap kerjasama yang telah dijalinkan bersama SPR akan memberi pendidikan berkaitan proses pilihanraya dan amalan demokrasi di Malaysia serta meningkatkan kebolehpasaran graduan.

KENYATAAN MEDIA - FSPPP

— BebasNews

Please follow and like us:
error

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here